Perutusan YDP ISMA Terengganu sempena Ramadhan 1430H

Ramadhan 1430H

Assalamualaikum wrbth

Selamat datang Ramadhan, selamat datang bulan yang penuh keberkatan, selamat datang bulan keampunan dan selamat datang bulan al Quran.

Ramadhan sebenarnya adalah tetamu yang datang kepada orang Islam, ianya datang setahun sekali bertandang di dunia selama sebulan. Kedatangan tetamu ini memberi banyak kenikmatan dan keberkatan kepada kehidupan muslim. Sabda Rasulullah s.a.w “ Apabila datangnya bulan Ramadhan pintu-pintu Syurga akan dibuka, pintu-pintu Neraka akan ditutup dan Syaitan akan dirantai.”

Kehadiran tetamu kita Ramadhan membawa bersamanya malam Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Sekiranya seseorang mendapati malam tersebut maka amalannya lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan 83 tahun.

Persoalan yang sering timbul bagaimanakah kita menyambut tetamu yang penuh keberkatan ini. Pelbagai persepsi  mungkin menimbulkan pelbagai ragam. Persepsi setengah orang bahawa Ramadhan adalah salah satu dari masa dan waktu yang ada dan tidak ada kelebihan yang membeza dengan hari-hari yang lain cuma pada siangnya sahaja dilarang makan dan minum. Golongan ini hanya menyambut  puasa dengan meninggalkan perkara yang boleh membatalkan puasa pada siang hari. Kalau kebiasaan mereka meninggalkan solat, melakukan perkara yang dilarang oleh agama, mereka akan terus menerus melakukannya walaupun mereka berpuasa.

Golongan kedua menganggapkan Ramadhan bulan ibadat, yang padanya ada ibadat khusus yang mesti dilaksanakan seperti tarawih, tadarus al Quran serta qiamulail. Golongan ini kita melihatnya akan bersungguh-sungguh melakukan ibadat pada waktu malamnya. Dalam penelitian kita golongan ini tidak ada jati diri yang kuat dalam mengerjakan ibadat, lazimnya mereka akan bersungguh-sungguh melakukan ibadat hanya pada permulaan sahaja, bila dah masuk minggu ke tiga Ramadhan, kesungguhan akan mula luntur maka yang tinggalnya hanyalah mereka yang sudah menjadi kebiasaan berjamaah di masjid. Golongan ini kita namakan sebagai Ramadhaniuun iaitu melakukan ibadat hanya menunggu datangnya bulan Ramadhan habis Ramadhan maka tamatlah pesta ibadat mereke

Ketiga, golongan yang memahami  erti kehidupan dan tujuan penciptaan mereka di dunia ini. Memahami matlamat kehidupan adalah beribadat serta pengabdian kepada Allah pencipta mereka. Kedatangan Ramadhan adalah satu galakan untuk mereka  mengandakan amalan kerana pada bulan tersebut Allah swt  akan mengandakan pahala hambanya berlipat kali ganda. Pada persepsi golongan ini Ramadhan adalah tetamu Allah, barangsiapa mencintai Allah maka ia hendaklah meraikan tetamuNya yang mulia ini dengan penuh rasa kesyukuran dan mengambil peluang untuk mendapat keampunanNya. Sabda Rasulullah s.a.w “Barangsiapa yang menemui bulan Ramadhan sedang ianya tidak ampuni oleh Allah, nescaya ia jauh dari rahmat Allah. Katakanlah Amin! Maka Rasulullah s.a.w berkata Amin.”

Renungilah diri kita di golongan mana kita berada? Mukmin yang sejati ingin menjadikan diri mereka di golongan yang  ke tiga iaitu golongan para salafus soleh yang menjadikan Ramadhan sebagai bulan pesta beribadat, slogan mereka  “Ahlan Ya Ramadhan, kami tidak akan mensia-siakan kehadiran mu, datanglah kepada kami kamulah tetamu yang dinanti-nantikan.”

ust-zalani-ibrahim-latest Ustaz Mohd Zalani Bin Ibrahim

YDP ISMA Terengganu

Satu Respons

  1. syukran ya ydp ala haza alkalam aljamil wa antazir minka almazidal mazid…….wahai ahbab , apabila jibril berdoa ( bukdan liman adraka ramadhan falam yughfar lahu) lalu ar rasul alaihissalam pun berkata (amin)….jauh dari rahmat allah sesiapa yg sempat dengan ramadhan tapi dosanya tidak di ampuni allah(mungkin golongan ke 4)….hayya nakun minal ” musyyamirin”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: