Perutusan Eidul Fitri 1430H – YDP ISMA Terengganu

Banner Isma copy_compressed

Assalamualaikum wrt

Kalau tiada halangan insya Allah pada tanggal 20hb September  umat Islam di Malaysia akan menyambut  1 Syawwal. Seperti biasa kedatangan 1 Syawwal adalah saat yang dinanti-nantikan untuk menyerlah rasa kegembiraan setelah sebulan berlapar dan dahaga di siang hari. Memang bagi mereka yang telah menunaikan kefarhduan berpuasa di siang hari dan amalan sunat di malam Ramadhan mempunyai alasan dan berhak untuk bergembira. Rasulullah s.a.w telah bersabda “bagi mereka yang berpuasa ada dua kegembiraan, pertama ketika berhari raya dan kedua ketika bertemu dengan Allah swt.”.  mereka bergembira kerana dengan taufiq dan hidayah Allah mereka mampu menunaikan ibadat yang diwajibkan ke atas mereka pada siang hari dan menunaikan ibadah sunat pada malam hari, tanpa hidayah dan inayah Allah tentu mereka tak mampu melaksanakan ibadat ini dengan jayanya.

Kegembiraan di hari raya bukan bermakna kita meninggalkan semangat ibadah bulan Ramadhan. Menyambut hari raya bukan bermakna terputus hubungan dengan Allah dengan erti kata selesai puasa maka selesailah sudah solat sunat, tadarus Quran serta amalan-amalan yang lain. Ramadhan hanyalah musim ahli ibadat menguatkan usaha untuk mendapat ganjaran yang besar pemberian Allah, samalah seperti ahli perniagaan ada musim-musim tertentu mereka  memperolehi keuntungan yang berlipat ganda, bila selesai musim tersebut bukan bermakna mereka menutup perniagaan mereka bahkan perniagaan diteruskan sambil mengharapkan musim tersebut datang lagi untuk kali ke dua. Begitu juga dengan ahli ibadat berakhirnya Ramadhan bukan bermakna mereka meninggalkan ibadat bahkan selagi mereka bergelar hamba Allah ibadat akan berterusan sehingga akhir hayat mereka. Barangsiapa yang menyembah Ramadhan sesungguhnya Ramadhan akan meninggalkan kita tetapi barang siapa menyembah Allah, Allah sentiasa hidup dan sentiasa bersama dengan kita.

Hari raya bukan bermakna bebas lepas atau merdeka sepenuhnya sehingga ada yang menodai hari yang mulia ini dengan amalan yang melanggar syariat. Raya dalam Islam adalah berbentuk Rabbani yang mempunyai hubungan langsung dengan Allah swt. Sebab itulah kita disunatkan melaungkan takbir memuji Allah sepanjang malam raya dan takbir adalah syiar Islam yang utama. Kita bertakbir ketika masuk waktu solat, ketika berkorban dan ketika berjihad. Bahkan dua hari raya dalam Islam adalah bersempena dengan dua ibadat utama iaitu puasa ketika menyambut raya idul fitri dan ibadah haji ketika menyambut eidul adha.

Sepatutnya selepas sahaja berakhir Ramadhan kita mesti melihat diri sendiri apakah kesan yang ditinggalkan oleh puasa kepada jiwa dan hati kita?. Allah swt telah berfirman di dalam surah Muhammad ayat 17 “Dan orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayat petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertakwa.” Mereka yang menunaikan ibadat puasa ialah mereka yang telah menerima petunjuk dari Allah swt tetapi adakah kita ditambahi dengan petunjuk yang lain setelah petunjuk puasa? Kita mahukan, setelah memperolehi petunjuk puasa kita dikurniakan petunjuk beramal di atas jalan Allah, petunjuk membenci segala larangan Allah dan petunjuk istiqamah di atas jalannya.

Akhir kata saya mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada semua umat Islam khususnya kepada ahli-ahli Isma dengan ucapan Taqoballallahu minna wa minkum taqobala ya karim.


Ustaz Mohd Zalani Bin Ibrahim

YDP ISMA Terengganu

2 Respons

  1. Eid mubarak, kullu ‘aam, wa antum bikhair..
    TaqobbalaLlahu minna wa minkum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: