Jelas Matlamat Kehidupan

 

Seseorang yang mempunyai matlamat dalam kehidupan dan memahami tujuan dalam segala pekerjaan yang hendak dilakukan pasti akan merasai kepuasan dalam segala tindak-tanduknya. Seorang pekerja di sebuah syarikat yang telah berkerja bertahun-tahun disyarikat tersebut pasti tidak jemu-jemu melakukan sesuatu pekerjaan kerana jelas apakah matlamat dari pekerjaan tersebut. Seorang pelajar yang datang ke sekolah setiap hari, jika ia merasakan sekolah tidak memberi apa-apa makna di dalam hidupnya masakan mereka merasai keseronokan dalam hidup sebagai seorang pelajar. Berbeza dengan seorang pelajar yang mempunyai matlamat yang jelas tentang kehadirannya ke sekolah pasti semangatnya memuncak untuk mengambil ilmu sebanyak mungkin kerana beliau faham, ijazah atau sijil yang akan digenggamnya nanti memberi manfaat kepada kehidupannya.

 

Mahasiswa  yang tidak pintar dalam pelajaran di IPT/S mungkin dapat dimaafkan jika tidak lulus dalam pelajaran kerana tidak bererti hidup mereka akan musnah, tetapi tidak jelas tentang matlamat kehidupan sendiri sesuatu yang tidak boleh dimaafkan, kerana akan merosakan keseluruhan hidupnya. Bagaimana seseorang yang hidup berbelas tahun atau mungkin berpuluih-puluh tahun tetapi tidak mengerti kenapa mereka hidup atau apakah matlamat hidup mereka?

 

Gejala kemusnahan hidup sekarang yang bermula dari remaja sehinggalah orang dewasa sebenarnya berpunca dari ketidaktahuan mereka tentang matlamat hidup. Matlamat hidup adalah asas atau prinsip yang tidak boleh ditukarganti, prinsip tersebutlah yang boleh menyelamatkan manusia di kala mereka bingung bagaimana mahu melayarkan bahtera kehidupan di alam yang penuh cabaran ini, bahkan matlamat hidup mampu menyedarkan manusia supaya kembali kepangkal jalan selamat setelah menyedari dirinya hanyut dibuai keseronokan hawa duniawi.

 

Allah mengutus Rasul untuk menyedarkan manusia tentang matlamat hidup ini. Mengingatkan manusia bagaimana mereka telah dijadikan oleh Allah dan mereka kelak akan dikembalikan kepadanya, memberi kesedaran kepada manusia tentang kehidupan mereka mempunyai misi tertentu bersesuaian dengan kejadian mereka yang amat berbeza dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan. Dengan erti kata lain dengan kembalinya manusia kepada fitrahnya yang asal dunia akan kembali aman dan makmur dan tiadanya huru hara yang boleh menghancurkan segala kehidupan dan sebenarnya inilah misi utama penghantaran rasul kepada manusia.

Kewujudan ISMA sebagai wadah dakwah di dalam masyarakat sebenarnya ingin berperanan sebagai tugas Rasul yang cuba memberi kesedaran kepada manusia tentang erti kewujudan mereka di dunia ini, mengingati peranan yang mesti dilakukan oleh mereka sebagai khalifah Allah. Kita berkeyakinan jika semua pihak memahami prinsip dan asas ini maka semua institusi dalam masyarakat akan merasai kehidupan yang tenang dan damai. Oleh itu kepada semua ahli-ahli ISMA bergembiralah dengan tugas suci ini untuk menyedarkan ahli masyarakat tentang tanggungjawab yang mesti mereka lakukan sebagai hamba Allah.

 

  Ustaz Mohd Zalani Bin Ibrahim 

  YDP ISMA Terengganu 

 

2 Respons

  1. lillah..billah..ilallah
    Penerangan yg padat utk manfaat semua..

  2. salam ta’aruf dari ana… jumpa jugak ustaz kat laman ni…. rupa2nya ustaz ydp, tahniah dan takziah drpd ana.. semoga thabat dalam perjuangan Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: