Pena YDP

BENCANA ALAM PENGAJARAN BUAT YANG MAHU BERFIKIR

Pada tanggal 30 September 2009 rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter  telah mengegar Padang di pulau Sumatera Indonesia  yang  mengakibatkan 704 mangsa mati { lebih 1000 kematian telah dicatatkan pada 15 Oktober} dan sehingga 4,000 terperangkap di bawah runtuhan. Selang beberapa jam satu gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter telah mengegar bahagian selatan Sumatera. Sebelum kejadian tersebut diberitakan pada 29 September telah berlaku tsunami ekoran gempa bumi 8.0 skla Ricter di Samoa yang membunuh hampir 200 nyawa sementara beratus-ratus dilaporkan hilang. Tsunami turut melanda Tonga di Kepulauan Pasifik yang mengorbankan 177 nyawa. Kemudian beberapa siri gegaran turut dilaporkan selepas itu termasuk di Mexico {5.6 skala Richter} Taiwan serta Filipina masing-masing dengan kekuatan 6.3 skala Richter. Baca lagi seterusnya

PERUTUSAN EIDUL FITRI 1430H

Banner Isma copy_compressed

Assalamualaikum wrt

Kalau tidak ada halangan insyaallah tanggal 20hb September  umat Islam di Malaysia akan menyambut  1 Syawwal. Seperti biasa kedatangan 1 Syawwal adalah saat yang dinanti-nantikan untuk menyerlah rasa kegembiraan setelah sebulan berlapar dan dahaga di siang hari. Memang bagi mereka yang telah menunaikan fardhu wajib dengan berpuasa di siang hari dan amalan sunat di malam Ramadhan mempunyai alasan dan berhak untuk bergembira. Rasulullah s.a.w telah bersabda “bagi mereka yang berpuasa ada dua kegembiraan, pertama ketika berhari raya dan kedua ketika bertemu dengan Alah swt.”.  mereka bergembira kerana dengan taufiq dan hidayah Allah mereka mampu menunaikan ibadat yang diwajibkan ke atas mereka pada siang hari dan menunaikan ibadah sunat pada malam hari, tanpa hidayah dan inayah Allah tentu mereka tak mampu melaksanakan ibadat ini dengan jayanya.  Baca lagi seterusnya

PERUTUSAN YDP ISMA TERENGGANU SEMPENA RAMADHAN 1430H

Assalamualaikum wrbth

Ramadhan 1430HSelamat datang Ramadhan, selamat datang bulan yang penuh keberkatan, selamat datang bulan keampunan dan selamat datang bulan al Quran.

Ramadhan sebenarnya adalah tetamu yang datang kepada orang Islam, ianya datang setahun sekali bertandang di dunia selama sebulan. Kedatangan tetamu ini memberi banyak kenikmatan dan keberkatan kepada kehidupan muslim. Sabda Rasulullah s.a.w “ Apabila datangnya bulan Ramadhan pintu-pintu Syurga akan dibuka, pintu-pintu Neraka akan ditutup dan Syaitan akan dirantai.” Baca lagi seterusnya

JELAS MATLAMAT KEHIDUPAN

Seseorang yang mempunyai matlamat dalam kehidupan dan memahami tujuan dalam segala pekerjaan yang hendak dilakukan pasti akan merasai kepuasan dalam segala tindak- tanduknya. Seorang pekerja di sebuah syarikat yang telah berkerja bertahun-tahun di syarikat tersebut pasti tidak jemu-jemu melakukan sesuatu pekerjaan kerana jelas apakah  matlamat dari pekerjaan tersebut. Baca lagi seterusnya

UCAPAN YDP ISMA TERENGGANU SEMPENA PELANCARAN LAMAN WEB ISMA TERENGGANU

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Assalamualaikum wrt

Alhamdullillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam dengan izinnya ISMA Terengganu telah berjaya menerbitkan laman webnya sebaris dengan rakan-rakan seperjuangan dari kawasan-kawasan yang lain. Website adalah medium yang terbaik untuk menyampaikan dakwah ketika ini. Kalau dahulu para da’i(pendakwah) ke hulu dan ke hilir untuk menyampaikan beberapa kalimah yang berunsur nasihat namun kini segalanya terhidang depan mata mereka hanyalah hidayah yang boleh menjadikan mereka insan yang bertaqwa. Baca lagi seterusnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: