Kuliah Ilmu

KULIAH ILMU ISMA TERENGGANU KINI ONLINE!!!!

Kuliah Ilmu ISMA Terengganu diadakan pada setiap Jumaat (9:30-11 pagi) di Dungun. Sila klik di sini untuk melihat lokasi kuliah ilmu

  • 31 JULAI 2009 – Fiqh Minhaji As-Syafie – BabAzan & Iqomah oleh Ustaz Mohd Zalani Bin Ibrahin (YDP ISMA Terengganu)

  • 10 JULAI 2009 – Fiqh Minhaji As-Syafie – Bab Kefardhuan Solat oleh Ustaz Mohd Zalani Bin Ibrahin (YDP ISMA Terengganu)

  • 3 JULAI 2009 – Tafsir Al-Quran (Al-Baqarah:20-25) oleh Ustaz Fakhruddin Bin Abdul Rahman

7 Respons

  1. mabruk..teruskan usaha

  2. dah ramai yang mengajar tentang fekah harian dan seumpamanya samada ustaz pas, umno, atas pagar, dalam pagar, tepi longkang dsb. perlukah isma mendekati masyarakat dengan mengajar solat dsb? bagaimana tasawur amal isma? bukankah isma mendakwa membawa fikrah ikhwan? kalaulah mengajar fiqh ibadah penting menurut fahaman isma, please bagi slot untuk memberi kefahaman islam yang syumul. tanamkan kesedaran islam, lakukan tajmik dan takwin. bukan stakat minat mengajar sahaja. buktikan ismalah yang mendokong ikhwan yang sebenarnya. jangan sampai kawan2 mentertawakan kita. malu kita dibuatnya

  3. Terlebih dahulu terima kasih kerana mengikuti perkembang ISMA dan terima kasih juga di atas respon yang diberikan. Untuk pengetahuan saudara program ilmu yang dijalankan oleh ISMA Terengganu difokuskan kepada ahli dan dalam masa yang sama kita juga menjemput mana-mana individu dan masyarakat yang berminat untuk menyertainya. Di antara kelemahan yang ketara kepada harakah Islam sekarang ialah kurangkan penekanan ilmu kepada ahli-ahli mereka. Bergabung dengan Harakah Islamiah atau Jamaah Islamiah bererti bergabung dengan kesyumulan Islam. Mereka terlalu memikirkan tentang strategi harakiah dalam amalan dakwah dengan meminggirkan aspek ilmu fardhu ain sebagai asas yang perlu ada bagi seseorang dai, bila kita sebut sahaja harakah islamiah maka yang paling utama perlu dititikberatkan ialah tajuk dakwah kepada masyarakat dan tajuk dakwah yang hendak disampaikan ialah Islam dan ilmunya secara keselurahan. Dan bagi ISMA insyaallah kita telah merangka strategi bagaimana nak sampai penuhi tujuan ini kepada seluruh ahli-ahli ISMA. Untuk pengetahuan saudara setakat ini kita telah menggunakan kitab Fiqh Manhaji dan Riadhus solihin dalam kuliah mingguan setiap pagi Jumaat dan insyaallah akan menyusul nanti Tafsir, Aqidah dan ilmu usul seperti Usul Fiqh dan Ulum Hadis (nota dalam pembikinan).

    Berkenaan dengan tasawwur Islam yang lain ISMA telah merancang untuk mengadakan wacana ilmu sebagai platform untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat, mungkin dengan cara ini kita boleh menjalankan aktiviti tajmi’ seperti yang dicadangkan oleh saudara.

    Adapun tentang Ikhwan seperti yang disebutkan oleh saudara, memang Ikhwan adalah sebuah gerakan Islam yang paling terpengaruh. Keunikan Ikhwan ialah cara pembawakkannya yang sederhana dan mementingkan elemen tawazun (seimbang) terhadap manhaj tarbiahnya. Kepada siapa yang pernah membaca pemikiran tokoh-tokoh Ikhwan (yang banyak di pasaran) mereka menekankan aspek ini dalam tarbiah mereka, bagi mereka ahli Ikhwan ialah seorang yang memahami ilmu fekah, memahami ilmu usul dan memahami suasana politik semasa.

    Akhirnya, inilah jalan yang ingin ISMA lalui mendidik jiwa-jiwa islam dengan ksyumulan Islam. Tanpa memikirkan apa kritikan yang dituju kafilah dakwah akan terus berjalan menyusuri hati-hati masyarakat untuk membina kekuatan jati diri seorang muslim dan…… selepas itu akan tertegaklah daulah hakikatan di dunia nyata.

  4. masyaAllah…. semoga ISMA akan terus maju dan ahlinya akan menjadi batu-bata kepada binaan ISLAM yang syumul. Allhuakbar Walillah hilhamd

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: