Kami telah berpindah ke www.ismaterengganu.com

Sila layari laman web kami di LAMAN WEB ISMA TERENGGANU

Advertisements

Perhimpunan Solidariti “End The Siege” Jumaat ini

Bandar Baru Bangi, 2 Jun – Satu Perhimpunan Solidariti menyokong peranan Kerajaan Turki dalam kempen menamatkan kepungan ke atas Gaza akan berlangsung di hadapan Kedutaan Turki di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur pada 4 Jun 2010 ini, mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang juga Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad. Aman Palestin, ISMA dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah sepakat untuk menjalin kerjasama bagi menganjurkan perhimpunan tersebut bersama NGO-NGO lain yang turut dijemput untuk ikut serta. Perhimpunan yang dirancang bermula jam 11.00 pagi dijangka akan turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama ahli dan sukarelawan. Perhimpunan ini bertujuan untuk menyatakan sokongan rakyat Malaysia terhadap pendirian berani yang ditunjukkan oleh kerajaan Turki di bawah kepimpinan Erdogan. “Tujuan penganjuran Perhimpunan Solidariti ini ialah untuk menyatakan sokongan umat Islam di Malaysia kepada kerajaan Turki di atas usahanya membantu rakyat Palestin terutamanya isu sekatan terhadap Gaza”, jelas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA. Menurut Abdullah lagi, perhimpunan ini juga merupakan satu pernyataan penghargaan kepada para syuhada’ kebebasan Gaza yang telah mengukir sejarah dalam lembaran perjuangan menamatkan kepungan ke atas Gaza. Abdullah mengutuk tindakan ganas Israel dan menyifatkannya suatu kebodohan strategi yang telah dilakukan oleh Tentera Laut Israel. “Bagi saya tindakan ganas askar Israel ini suatu tindakan kebodohan yang tidak memberi manfaat dari aspek strategi jangka panjang Israel” tambah beliau. Perhimpunan ini akan berakhir dengan penyerahan nota sokongan kepada Duta Turki ke Malaysia.

PERKHEMAHAN ISMA TERENGGANU 2010

Selama 3 hari 2 malam, bermula  25 Februari 2010, Hutan Lipur Chemerong, Hulu Dungun menjadi saksi kekentalan semangat juang dan keazaman para ahli ISMA negeri Terengganu utk terus melangkah menggapai Redha Allah SWT. Program Mukayyam (perkhemahan) kali ini telah merakamkan pelbagai detik-detik manis kepada para peserta yang terdiri daripada ikhwah, akhawat dan anak-anak kecil yang turut serta.
Adunan pelbagai aktiviti fizikal dan permainan yg mencabar di darat dan di air, jungle tracking, pengisian-pengisian kerohanian  dan thaqofi (kefahaman), qiamullail, hirasah (sentry) dan persembahan kesenian, telah mampu memantapkan jiwa para peserta utk meneruskan agenda ISMA. Program yang bertemakan “Bersama Memikul Risalah” telah berjaya menghimpunkan para peserta yang terdiri daripada semua kawasan utk sama-sama memikul amanah ISLAM yang penuh barakah ini.

Air terjun Chemerong

Suasana campsite

ISMA Terengganu anjur Nadwah Kefahaman Islam

Ustaz Zulkefli Ibrahim memberi kata-kata aluan untuk Nadwah Kefahaman Islam

Pada 22 haribulan Januari 2010, ISMA Terengganu berjaya menganjurkan Nadwah Kefahaman Islam di Dahimah Guest House, Rantau Abang.

Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini dihadiri oleh hampir 50 belia dari seluruh pelusuk Terengganu.

Peserta Nadwah Kefahaman Islam

Nadwah Kefahaman Islam ini bertujuan untuk memberi kefahaman-kefahaman asas tentang agama suci ini yang sering dilupakan oleh masyarakat masa kini.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan ialah ‘Lailahaillallah: Manjah Kehidupan’, ‘Antara Semalam dan Hari ini’ dan ‘Sayonara Jahiliyyah’.

Antara penceramah yang dijemput untuk memberikan pengisian dalam program Nadwah kali ini ialah Ustaz Fakhruddin (Ketua Biro Dakwah ISMA Terengganu), Ustaz Zulkefli Ibrahim (Ketua Biro HRD) dan juga Ustaz Zalani Ibrahim, YDP ISMA Terengganu.

Para peserta diminta untuk menterjemahkan slot ceramah ke atas kertas

Riadhah untuk menyegarkan kembali fizikal dan mental

Para peserta 'berbengkel' untuk membincangkan intipati ceramah yang telah dibentangkan

Di akhir program, para peserta kelihatan begitu bersemangat untuk meneruskan amal dakwah ISMA di Terengganu.

Semoga ISMA Terengganu terus menganjurkan program-program seperti ini di masa akan datang.

YDP ISMA Terengganu, Ustaz Zalani Ibrahim memberi pengisian bertajuk 'Manhaj Perubahan' kepada para peserta

Majlis Ulama ISMA

 

Sebarang kemusykilan mengenai Islam boleh diajukan di Portal Majlis Ulama ISMA (MUIS). klik di sini

NAZIM….kini di Terengganu

Kelab Nadi Asybal Wa Zahrawat atau nama ringkasnya NAZIM, kini telah bertapak di Terengganu. NAZIM merupakan sebuah kelab yang dikelolakan oleh Biro Wanita ISMA memberi penumpuan kepada pembangunan dan pembentukan golongan kanak-kanak. Kelab NAZIM Terengganu menyeru ibu bapa supaya menjadikan agenda pembangunan insaniyah anak-anak mereka sebagai satu perkara yang perlu dititik beratkan. Sehubungan dengan itu, NAZIM Terengganu membuka keahliannya kepada anak-anak berusia seawal 6 tahun sehingga 12 tahun. Sila lihat pamplet berikut untguk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan NAZIM.

nazimnazim2

 

 

 

Siri Penerangan Isu Palestin – pembangkit semangat dan kesedaran

Sepanjang 25 Januari 2009 hingga 5 Februari 2009 yang lalu ISMA Terengganu dengan kerjasama Aman Palestin Berhad telah menjayakan satu siri ceramah penerangan dan  kutipan sumbangan yang disalurkan ke dana Aman Palestin Berhad. Ianya telah melibatkan beberapa buah masjid dan sekolah antaranya Masjid Intan Zaharah (Dungun), Masjid Sura (Dungun), SM Sains Dungun, SMKA Kuala Abang dan SM Imtiyaz Dungun.

Kini ISMA terengganu dalam perancangan untuk meluaskan lagi penyebaran maklunmat dan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan isu Palestin yang bukan sahaja menjadi isu kemanusiaan malah isu yang bersangkutan dengan akidah umat Islam. Kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berkerjasama dalam memastikan masyarakat kita khususnya umat Islam bersatu dalam isu yang bersangkutan dengan saudara-saudara kita di Palestin