HEBAHAN: Rehlah Masyi 2010

Mari sertai kami!!

Hari Keluarga ISMA 2010 meriah!!!

Hari Keluarga ISMA 2010

Kuala Terengganu, 9 JAN 2010 – Tanggal 9 Januari yang lalu merupakan hari yang bermakna untuk seluruh ahli ISMA Terengganu. Ini kerana hampir 80 ahli keluarga ISMA Terengganu dari Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu berjaya dikumpulkan di Anggulia Resort untuk menjayakan program ‘Hari Keluarga ISMA Terengganu 2010’. Program Hari Keluarga ini adalah program tahunan ISMA Terengganu yang akan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.
Program bermula seawal pukul 9 pagi. Program dimulakan dengan acara sukaneka bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli ISMA Terengganu. Tanpa mengira pangkat dan usia, ahli ISMA Terengganu bermain sukaneka dengan penuh bersemangat.
Teruskan membaca

KREW mendapat sambutan…

Kem Remaja Wawasan atau lebih dikenali oleh KREW yang diadakan pada 4-5 Dis 09 yang lalu di Rantau Abang, telah mendapat sambutan menggalakkan di kalangan remaja negeri Terengganu. Seramai 70 orang remaja dari pelbagai sekolah dari seluruh Terengganu telah menyertai kem ini yang berlansung selama 2 hari 1 malam. Untuk liputan keseluruhan program, sila lawati blog Kelab Remaja ISMA (KRIM) Terengganu

www.krimterengganu.wordpress.com

Pengalaman di Perkhemahan ISMA Pantai Timur 2009

Berada di Perkhemahan ISMA Pantai Timur 2009 di Danau Tok Uban (Kelantan) pada 29-31 Mei yang lalu, telah memberi pelbagai pengalaman yang berharga khususnya kepada aktivis ISMA Terengganu.

Peserta Perkhemahan ISMA Pantai Timur 2009

Mengambil ibroh (pengajaran) dari firma Allah yang maksudnya:

“Berangkatlah kamu baik dengan rasanringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” (At-Taubah:41)

Dakwah ilallah (kepada Allah) atau jihad fi sabilillah tidak memilih masa, tempat atau pun keadaan. Ianya perlu terus berlaku baik dalam kesenangan atau pun kesusahan. Inilah kerja utama yang mendahului segala bentuk pekerjaan di muka bumi ini. Ia juga merupakan nadi kehidupan bagi para dhu’at yang akan menyampaikan mereka kepada keredhaan Ilahi. Perkhemahan ISMA kali ini telah banyak menumpukan persiapan diri aktivis ISMA supaya mereka mengenali dan memahami sifat dakwah Islamiyah yang tidak pernah padam sehingga berlakunya “hari yang dijanjikan” oleh Allah swt

Teruskan membaca

Program Korban ISMA Terengganu bersama masyarakat 1429h

Pada Hari Raya Aidil Adha ke-2, 9 Disember 2008 akan diadakan program korban ISMA bersama masyarakat di Surau Haji Salleh, jalan Budiman (Lorong Hilir), Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu. 1 bahagian lembu berharga RM370. Jika berminat untuk menyertai program korban ini sila hubungi En. Jamil Bin Sakmin di talian 019-9846968.

KRIM Terengganu: 2 program remaja sepanjang musim Cuti Sekolah Disember 2008

Kem Perkasa Remaja (KEMPER) dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh KRIM Terengganu dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) Zon Pantai Timur pada 11-13 Disember 2008. Program ini bertempat di Agro Semuji Resort, Gambang, Pahang. Untuk maklumat lanjut sila klik pautan ini

Kem Lepasan SPM KRIM Terengganu akan diadakan pada 19-21 Disember 2008 bertempat di Kem Pupuk Semangat Kijal, Kemaman, Terengganu. Ini merupakan satu kesinambungan siri-siri kem lepasan spm yang telah dianjurkan oleh KRIM Terengganu pada tahun lepas. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat manfaat darinya. Jika berminat dan ingin mendaftar sila klik pautan ini