Seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain

Bersempena dengan tahun baru Hijrah 1431, alangkah baiknya  direnungi satu   konsep mudah yang terdapat dalam Islam, agar  dapat menyuntik semangat  berhijrah kepada sifat yang lebih baik. Konsep tersebut  ialah manusia tidak menanggung beban dosa orang lain. Konsep ini amat berlawanan dengan ajaran Kristian yang terpaksa mengorbankan  Jesus  kerana dosa warisan Adam memakan buah larangan di Syurga. Islam menegaskan setiap manusia hanya menanggung beban dosa dirinya sahaja. Hal ini dapat diamati melalui ayat al-Quran (Fatir:18) yang bermaksud: ”Dan (ketahuilah), seseorang  tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain”.

Teruskan membaca

Bencana Alam Pengajaran Buat Yang Mahu Berfikir

Pada tanggal 30 September 2009 rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter  telah mengegar Padang di pulau Sumatera Indonesia  yang  mengakibatkan 704 mangsa mati { lebih 1000 kematian telah dicatatkan pada 15 Oktober} dan sehingga 4,000 terperangkap di bawah runtuhan. Selang beberapa jam satu gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter telah mengegar bahagian selatan Sumatera. Sebelum kejadian tersebut diberitakan pada 29 September telah berlaku tsunami ekoran gempa bumi 8.0 skla Ricter di Samoa yang membunuh hampir 200 nyawa sementara beratus-ratus dilaporkan hilang. Tsunami turut melanda Tonga di Kepulauan Pasifik yang mengorbankan 177 nyawa. Kemudian beberapa siri gegaran turut dilaporkan selepas itu termasuk di Mexico {5.6 skala Richter} Taiwan serta Filipina masing-masing dengan kekuatan 6.3 skala Richter.

Sainstis menyatakan bahawa gempa bumi besar di wilayah itu berlaku disebabkan geseran plat Indo-Australia dan plat tektonik Erusia yang bergerak menghala satu sama lain pada kadar sehingga enam sentimeter setiap tahun. Baca lagi seterusnya

Perutusan Eidul Fitri 1430H – YDP ISMA Terengganu

Banner Isma copy_compressed

Assalamualaikum wrt

Kalau tidak ada halangan insyaallah tanggal 20hb September  umat Islam di Malaysia akan menyambut  1 Syawwal. Seperti biasa kedatangan 1 Syawwal adalah saat yang dinanti-nantikan untuk menyerlah rasa kegembiraan setelah sebulan berlapar dan dahaga di siang hari. Memang bagi mereka yang telah menunaikan fardhu wajib dengan berpuasa di siang hari dan amalan sunat di malam Ramadhan mempunyai alasan dan berhak untuk bergembira. Rasulullah s.a.w telah bersabda “bagi mereka yang berpuasa ada dua kegembiraan, pertama ketika berhari raya dan kedua ketika bertemu dengan Alah swt.”.  mereka bergembira kerana dengan taufiq dan hidayah Allah mereka mampu menunaikan ibadat yang diwajibkan ke atas mereka pada siang hari dan menunaikan ibadah sunat pada malam hari, tanpa hidayah dan inayah Allah tentu mereka tak mampu melaksanakan ibadat ini dengan jayanya.  Baca lagi seterusnya

Perutusan Sempena Eidul Adha 1429H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Muhammad, ahli keluarganya, para sahabatnya, para tabi’in dan muslimin yang mengikuti jejak mereka dengan ihsan.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Alangkah beruntungnya kita pada hari ini. Kita berada di salah satu dari dua hari perayaan yang dianugerahkan Allah kepada umat Muhammad sebagai ganti kepada dua perayaan jahiliah silam. ISMA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua dengan kehadiran hari yang mulia ini. Moga-moga Allah menerima amalan kita dan amalan semua muslimin yang merayakan hari ini dengan penuh kesyukuran di dalam batasan syariat yang ditetapkan oleh Allah.

Teruskan membaca

Takut yang menguntungkan…..

 

Berhati-hati ke jalan akhirat......

Berhati-hati ke jalan akhirat......

Orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya tidak berani melakukan maksiat dan apabila ia melakukannya di bawah tekanan kelemahannya sebagai manusia, maka perasaan takutnya kepada Allah Yang Maha Mulia itu akan membawanya kepada penyesalan-penyesalan kepada memohon keampuanan dan bertaubat dan kerana itu ia tetap berada dalam lingkuangan taat.

Pencegahan diri dari keinginan hawa nafsu merupakan tiang siri ketaatan. Keinginan hawa nafsu merupakan pendorong yang kuat kepada tindak-tanduk yan melampau dan kepada perbuatan-perbuatan maksiat. Ia menjadi punca segala bala bencana dan punca segala kejahatan. Jarang manusia binasa kecuali dengan sebab nafsu. Kejahilan mudah diubati tetapi penyakit hawa nafsu selepas berilmu merupakan penyakit jiwa yang memerlukan mujahadah yang bersungguh-sungguh dan memerlukan masa yang lama untuk mengubatinya.

Teruskan membaca

Belajar dari Mush’ab Ibn Umayr

Setiap muslim harus memiliki kesedaran untuk menjadi dirinya sendiri. Tidak hanya bergantung kepada peribadi orang lain.

berfikir

Suatu ketika Mus’ab dipilih Rasulullah untuk melakukan sesuatu tugas penting, menjadi duta ke Madinah untuk mengajarkan islam kepada orang-orang Ansar yang telah beriman dan berbaiah kepada Rasulullah di Bukit A’qabah. Dia ditugaskan untuk mengajak orang Yathrib untuk menganut agama Allah serta mempersiapkan Yathrib menjadi Madinatul Hijrah untuk menyambut hijrah Rasulullah.

Mus’ab memikul amanah itu dengan berbekalkan kurniaan Allah kepadanya yang berupa fikiran yang cerdas dan budi yang luhur. Dengan sifat zuhud, kejujuran dan kesungguhan hati dia berhasil melunakkan dan menawan hati penduduk Madinah hingga mereka berduyun-duyun memeluk islam. Sesampainya di Madinah, didapatiny a kaum muslimin di sana tidak lebih dari 12 orang, yakni hanya orang-orang yang telah berbai’ah di Bukit A’qabah. Tetapi tidak sampai beberapa bulan kemudian, meningkatlah orang yang sama-sama memenuhi panggilan Allah dan RasulNya.

Pada musim haji yang berikutnya, dari Perjanjian Aqabah, kaum muslimin Madinah mengirim perutusan yang mewakili mereka menemui Nabi. Dan perutusan itu dipimpin oleh guru mereka, oleh duta yang dikiirm nabi kepada mereka, yaitu Mus’ab b Umayr.

Dengan tindakannya yang tepat dan bijaksana, Musa’b B umayr telah membuktikan bahawa pilihan Rasulullah s.a.e ke atas dirinya itu tepat. Dia memahami tugas dengan sepenuhnya, hingga tidak terlanjur melampaui batas yang telah ditetapkan. Dia sedar bahwa tugasnya adalah menyeru kepada ALLAH, menyampaikan berita gembira lahirnya satu agama yang mengajak manusia mencapai hidayah Allah dan membimbing mereka ke jalan yang lurus. Akhlaknya mengikuti pola hidup Rasulullah s.a.w.

Teruskan membaca

membentuk peribadi cemerlang (bahagian 2)

Apa pun profesion kita dan siapa pun diri kita, kita mempunyai hak yang sama dalam meraih kebahagiaan dan kejayaan. Ukurlah kejayaan itu dari diri sehingga kita dapat selalu bersyukur. Selalu menyukai apa yang kita perolehi. Senantiasa menikmati apa yang kita miliki.

Para sahabat yang dijamain syurga memiliki keunikan masing-masing. Seperti Abu bakar ra yang lembut, Umar ra yang keras, Uthman ra yang pemalu mahupun Ali ra yang pintar. Puncak kecemerlangan adalah ketaqwaan dengan syurga sebagai balasannya.

Gambaran sukses menurut Al-Quran adalah peribadi yang komprehensif, utuh dan menyeluruh. Allah berfirman

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (al-Baqarah: 208)

Ia bukanlah keperibadian yang terpecah-pecah. Ibadah OK, tapi maksiat juga OK. Saat ini juga sedang rancang dipromosikan Islam Liberal yang inginkan umat Islam meliberalkan diri mereka dengan kebebasan tanpa batas.

Teruskan membaca