Hari Keluarga ISMA 2010 meriah!!!

Hari Keluarga ISMA 2010

Kuala Terengganu, 9 JAN 2010 – Tanggal 9 Januari yang lalu merupakan hari yang bermakna untuk seluruh ahli ISMA Terengganu. Ini kerana hampir 80 ahli keluarga ISMA Terengganu dari Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu berjaya dikumpulkan di Anggulia Resort untuk menjayakan program ‘Hari Keluarga ISMA Terengganu 2010’. Program Hari Keluarga ini adalah program tahunan ISMA Terengganu yang akan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.
Program bermula seawal pukul 9 pagi. Program dimulakan dengan acara sukaneka bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli ISMA Terengganu. Tanpa mengira pangkat dan usia, ahli ISMA Terengganu bermain sukaneka dengan penuh bersemangat.
Teruskan membaca

Ramadahan, ISMA Kemaman dan masyarakat….

P9110064

KEMAMAN, 11 SEPTEMBER 2009 -ISMA Kemaman dengan kerjasama syarikat UDPS  Sdn. Bhd. telah berjaya mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Seberang Tayor, Kemaman. Majlis ini turut dihadiri 9 orang sukarelawan PEMBINA dari Ranaco Education & Training Institute serta 3 orang ahli PEMBINA Terengganu.

Program bermula usai solat Jumaat. Acara dimulakan dengan aktiviti memasak yang berterusan sehingga kira-kira satu jam sebelum masuknya waktu maghrib. Aktiviti pemasangan khemah serta penyusunan kerusi dan meja makan dijalankan serentak dengan kerja-kerja memasak.

Teruskan membaca

MABIT (Malam Bina Iman & Taqwa)

P8060161

KUALA TERENGGAN,  7 Ogos – ISMA Terengganu (Bahagian Kuala Terengganu) telah mengadakan MABIT (Malam Bina Iman & Taqwa) di Masjid Pulau Ketam. Ianya telah disertai oleh ahli-ahli ISMA dan ahli masyarakat di sekitar Pulau Ketam. Majlis ini bermula di sebelah malam (6 Ogos) dengan dimulakan dengan sesi kuliah oleh Ust. Engku Omar dan diakhiri dengan sesi tilawah Al-Quran. Pada sebelah paginya, Qimullail dimulakan seawal pukul 4 pagi yang diketuai Ust Razali. Beliau juga turut berkesempatan menyampaikan kuliah subuh sejurus solat subuh berjemaah.

Diharapkan MABIT ini dapat dijadikan persiapan menjelang Ramadhan yang semakin hampir dengan kita.

PENGUMUMAN: Siri Penerangan Isu Palestin

SMKA Kuala Abang

– 29/1/2009 @ selepas maghrib

Masjid Sura, Dungun

– 30/1/2009 @ selepas subuh

SM Sains Dungun

– 30/1/2009 @ selepas maghrib

Masjid Intan Zaharah, Dungun

-1/2/2009 @ selepas maghrib

SM Imtiyaz, Dungun

– 5/2/2009 @ selepas maghrib

ISMA Menyeru Rakyat Malaysia Bersatu Hati Dengan Penduduk Palestin

Bangi, 31 Disember 2008 – Serangan terbaru tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza merupakan serangan paling buruk pernah dilancarkan dalam konflik Palestin-Israel sejak tahun 1967. Akibat serangan yang bertalu-talu ini, sehingga hari ketiga, Israel telah membunuh seramai 364 orang rakyat Palestin dan mencederakan lebih daripada 1650 orang lagi. Sekiranya serangan ini berterusan, sudah pasti angka-angka ini akan meningkat secara mendadak.

Justeru ISMA menyeru rakyat Malaysia agar bersatu hati dengan penduduk Gaza yang sedang mengharungi detik-detik sengsara. ISMA berharap masyarakat Malaysia, terutamanya Muslim, akan lebih peka terhadap saudara-saudara seIslam di Palestin yang berusaha siang malam mempertahankan Masjid Al-Aqsa. ISMA juga berharap agar rakyat Malaysia bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan, terutama bantuan kewangan melalui NGO atau badan-badan yang dapat menyalurkan sumbangan tersebut terus kepada rakyat Palestin.

Kepungan dan sekatan ekonomi Israel ke atas Gaza sudah pun menafikan hak asasi rakyat Palestin dan mewujudkan krisis kemanusiaan yang terhebat dalam sejarah peradaban di Palestin. Namun, Israel bertindak lebih jauh dengan membedil Gaza dengan serangan udara yang dahsyat dan telah mengerahkan tentera daratnya, 6,500 tentera simpanannya serta kereta-kereta kebalnya bersiap sedia di sempadan Gaza-Israel.
Teruskan membaca

Program Korban ISMA Terengganu Bersama Masyarakat

KUALA TERENGGANU – 9 DIS 2008: Bertempat di  Surau Haji Salleh, Jalan Budiman (Lorong Hilir), Batu Buruk, ISMA Terengganu telah mengadakan program korban bersama masyarakat. Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan dalam majlis ini. ISMA Terengganu telah mendapat sambutan meriah oleh masyarakat tempatan yang telah turut serta menjayakan program korban ini. Yang DiPertua ISMA Terengganu, Ustaz Zalani Bin Ibrahim telah menyerahkan sumbangan korban ISMA Terengganu kepada Haji Salleh yang mewakili penduduk tempatan. Ini merupakan antara usaha ISMA Terengganu dalam menangani isu kemasyarakatan tempatan – ISMA Terengganu
dsc_03142