KONVENSYEN HASAN ALBANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA


Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010

TEMPAT : DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) , KAMPUS PUTRAJAYA

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

OBJEKTIF

i.  Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

YURAN PENYERTAAN

Klasifikasi Bayaran Sasaran (orang)
Perseorangan RM50 800
Wakil Organisasi RM100 20
Suami dan Isteri RM70 200
Pelajar RM20 2000


TENTATIF PROGRAM

8.00 am – 8.40 am Kehadiran peserta dan pendaftaran
8.40 am – 9.00 am Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi
9:00am – 10:00am Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
10:00am -10:20am Rehat
10:20am -11:30am Kertas Kerja I ”Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Agendaoleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias
11:30am- 11:40am Tayangan Multimedia
11:40am -12:50pm Kertas Kerja II “Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pendekatannya di Malaysia” oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman
12:40pm – 2:00pm Solat dan Makan Tengahari
2:00pm – 3:10pm Kertas Kerja III ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
3:10pm – 4:00pm Ucapan Penggulungan dan Resolusi
4:00pm Majlis bersurai

Hari Keluarga ISMA 2010 meriah!!!

Hari Keluarga ISMA 2010

Kuala Terengganu, 9 JAN 2010 – Tanggal 9 Januari yang lalu merupakan hari yang bermakna untuk seluruh ahli ISMA Terengganu. Ini kerana hampir 80 ahli keluarga ISMA Terengganu dari Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu berjaya dikumpulkan di Anggulia Resort untuk menjayakan program ‘Hari Keluarga ISMA Terengganu 2010’. Program Hari Keluarga ini adalah program tahunan ISMA Terengganu yang akan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.
Program bermula seawal pukul 9 pagi. Program dimulakan dengan acara sukaneka bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli ISMA Terengganu. Tanpa mengira pangkat dan usia, ahli ISMA Terengganu bermain sukaneka dengan penuh bersemangat.
Teruskan membaca

Apabila dakwah dipandang pelik….

D.A.K.W.A.H……. sebut saja perkataan ini, mungkin ada saja yang  akan terus membaca artikel ini dengan penuh minat dan keinsafan. ada juga yang mungkin memandang dengan sebelah mata tajuk ini dan lebih tertarik membuka laman web lain yang lebih menghiburkan. Ada juga yang mungkin allergic dengan perkataan ini, disebabkan faktor-faktor pengalaman yang pernah mereka lalui. Dan tak ketinggalan juga mereka yang tidak tahu, tidak kisah dan tak mahu tahu langsung  mengenai dakwah. perkataan ini bukan satu vocubulary dalam kamus hidup mereka.

setuju…setuju…100% setuju. Dakwah merupakan topik yang berat, memboringkan dan terlalu banyak masalah yang perlu kita fikirkan apabila berdepan dengan tajuk ini.

Teruskan membaca