KONVENSYEN HASAN ALBANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA


Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010

TEMPAT : DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) , KAMPUS PUTRAJAYA

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

OBJEKTIF

i.  Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

YURAN PENYERTAAN

Klasifikasi Bayaran Sasaran (orang)
Perseorangan RM50 800
Wakil Organisasi RM100 20
Suami dan Isteri RM70 200
Pelajar RM20 2000


TENTATIF PROGRAM

8.00 am – 8.40 am Kehadiran peserta dan pendaftaran
8.40 am – 9.00 am Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi
9:00am – 10:00am Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
10:00am -10:20am Rehat
10:20am -11:30am Kertas Kerja I ”Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Agendaoleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias
11:30am- 11:40am Tayangan Multimedia
11:40am -12:50pm Kertas Kerja II “Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pendekatannya di Malaysia” oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman
12:40pm – 2:00pm Solat dan Makan Tengahari
2:00pm – 3:10pm Kertas Kerja III ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
3:10pm – 4:00pm Ucapan Penggulungan dan Resolusi
4:00pm Majlis bersurai

Hari Keluarga ISMA 2010 meriah!!!

Hari Keluarga ISMA 2010

Kuala Terengganu, 9 JAN 2010 – Tanggal 9 Januari yang lalu merupakan hari yang bermakna untuk seluruh ahli ISMA Terengganu. Ini kerana hampir 80 ahli keluarga ISMA Terengganu dari Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu berjaya dikumpulkan di Anggulia Resort untuk menjayakan program ‘Hari Keluarga ISMA Terengganu 2010’. Program Hari Keluarga ini adalah program tahunan ISMA Terengganu yang akan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.
Program bermula seawal pukul 9 pagi. Program dimulakan dengan acara sukaneka bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli ISMA Terengganu. Tanpa mengira pangkat dan usia, ahli ISMA Terengganu bermain sukaneka dengan penuh bersemangat.
Teruskan membaca

KREW mendapat sambutan…

Kem Remaja Wawasan atau lebih dikenali oleh KREW yang diadakan pada 4-5 Dis 09 yang lalu di Rantau Abang, telah mendapat sambutan menggalakkan di kalangan remaja negeri Terengganu. Seramai 70 orang remaja dari pelbagai sekolah dari seluruh Terengganu telah menyertai kem ini yang berlansung selama 2 hari 1 malam. Untuk liputan keseluruhan program, sila lawati blog Kelab Remaja ISMA (KRIM) Terengganu

www.krimterengganu.wordpress.com

Ramadahan, ISMA Kemaman dan masyarakat….

P9110064

KEMAMAN, 11 SEPTEMBER 2009 -ISMA Kemaman dengan kerjasama syarikat UDPS  Sdn. Bhd. telah berjaya mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Seberang Tayor, Kemaman. Majlis ini turut dihadiri 9 orang sukarelawan PEMBINA dari Ranaco Education & Training Institute serta 3 orang ahli PEMBINA Terengganu.

Program bermula usai solat Jumaat. Acara dimulakan dengan aktiviti memasak yang berterusan sehingga kira-kira satu jam sebelum masuknya waktu maghrib. Aktiviti pemasangan khemah serta penyusunan kerusi dan meja makan dijalankan serentak dengan kerja-kerja memasak.

Teruskan membaca

Iftar Ramadhan 1430H bersama ISMA Terengganu

DUNGUN, 5 September 2009 – Seperti tahun-tahun yang lalu, ISMA Terengganu telah mengadakan iftar terbuka bersama masyarakat sempena bulan Ramadhan. Program ini telah diadakan di Pusat Bimbingan Amar yang juga merupakan lokasi Kuliah Ilmu mingguan ISMA Terengganu. Ia telah dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli ISMA dan masyarakat sekitar.

Perutusan Ramadhan 1430H – YDP ISMA Terengganu

Ramadhan 1430H

Assalamualaikum wrbth

Selamat datang Ramadhan, selamat datang bulan yang penuh keberkatan, selamat datang bulan keampunan dan selamat datang bulan al Quran.

Ramadhan sebenarnya adalah tetamu yang datang kepada orang Islam, ianya datang setahun sekali bertandang di dunia selama sebulan. Kedatangan tetamu ini memberi banyak kenikmatan dan keberkatan kepada kehidupan muslim. Sabda Rasulullah s.a.w “ Apabila datangnya bulan Ramadhan pintu-pintu Syurga akan dibuka, pintu-pintu Neraka akan ditutup dan Syaitan akan dirantai.”  Baca lagi seterusnya

MABIT (Malam Bina Iman & Taqwa)

P8060161

KUALA TERENGGAN,  7 Ogos – ISMA Terengganu (Bahagian Kuala Terengganu) telah mengadakan MABIT (Malam Bina Iman & Taqwa) di Masjid Pulau Ketam. Ianya telah disertai oleh ahli-ahli ISMA dan ahli masyarakat di sekitar Pulau Ketam. Majlis ini bermula di sebelah malam (6 Ogos) dengan dimulakan dengan sesi kuliah oleh Ust. Engku Omar dan diakhiri dengan sesi tilawah Al-Quran. Pada sebelah paginya, Qimullail dimulakan seawal pukul 4 pagi yang diketuai Ust Razali. Beliau juga turut berkesempatan menyampaikan kuliah subuh sejurus solat subuh berjemaah.

Diharapkan MABIT ini dapat dijadikan persiapan menjelang Ramadhan yang semakin hampir dengan kita.