Hari Keluarga ISMA 2010 meriah!!!

Hari Keluarga ISMA 2010

Kuala Terengganu, 9 JAN 2010 – Tanggal 9 Januari yang lalu merupakan hari yang bermakna untuk seluruh ahli ISMA Terengganu. Ini kerana hampir 80 ahli keluarga ISMA Terengganu dari Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu berjaya dikumpulkan di Anggulia Resort untuk menjayakan program ‘Hari Keluarga ISMA Terengganu 2010’. Program Hari Keluarga ini adalah program tahunan ISMA Terengganu yang akan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.
Program bermula seawal pukul 9 pagi. Program dimulakan dengan acara sukaneka bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli ISMA Terengganu. Tanpa mengira pangkat dan usia, ahli ISMA Terengganu bermain sukaneka dengan penuh bersemangat.

Hari Keluarga ISMA Terengganu diteruskan dengan sesi taaruf antara peserta program. Di dalam sesi ini, peserta program berpeluang untuk mengenali dengan lebih lanjut sesama mereka.


Hari Keluarga ISMA Terengganu ini turut diceriakan dengan kehadiran dua orang ahli JKP ISMA; Ustaz Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA dan Ustaz Wan Hisham, ahli JKP ISMA.


Setelah penat bersukan, ahli ISMA Terengganu kemudian disaji dengan juadah istimewa; ‘Chicken and seafood BBQ’.

Antara juadah yang disediakan

Dalam ucapan penutup, YDP ISMA Terengganu, Ustaz Zalani Ibrahim menekankan kepada seluruh ahli ISMA Terengganu supaya turut memfokuskan kepada tarbiyyah keluarga dan anak-anak selain daripada tarbiyyah diri sendiri. Ini adalah untuk memastikan supaya kelangsungan dakwah terus berlaku.

YDP ISMA Terengganu, Ustaz Zalani Ibrahim

Ustaz Fauzi dalam ucapannya menasihatkan ahli ISMA Terengganu supaya percaya dan yakin akan kebolehan diri sendiri. Dalam keadaan dunia Islam yang tidak menentu, setiap ahli ISMA mestilah menjadi agen perubahan dalam membangunkan semula generasi Islam, bukan mengharapkan pihak lain untuk membuat perubahan.

Naib Presiden II ISMA, Ustaz Fauzi Asmuni

Peserta Hari Keluarga ISMA Terengganu

Program berakhir pada pukul 4.00 petang. Kesemua peserta program berpuas hati dengan ‘Hari Keluarga ISMA Terengganu’ pada kali ini. Semoga ISMA Terengganu terus cemerlang dalam usaha membina generasi harapan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: