Seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain

Bersempena dengan tahun baru Hijrah 1431, alangkah baiknya  direnungi satu   konsep mudah yang terdapat dalam Islam, agar  dapat menyuntik semangat  berhijrah kepada sifat yang lebih baik. Konsep tersebut  ialah manusia tidak menanggung beban dosa orang lain. Konsep ini amat berlawanan dengan ajaran Kristian yang terpaksa mengorbankan  Jesus  kerana dosa warisan Adam memakan buah larangan di Syurga. Islam menegaskan setiap manusia hanya menanggung beban dosa dirinya sahaja. Hal ini dapat diamati melalui ayat al-Quran (Fatir:18) yang bermaksud: ”Dan (ketahuilah), seseorang  tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain”.

Begitu juga balasan yang diterima di alam kubur dan di alam akhirat  nanti adalah akibat daripada hasil perbuatannya di dunia dahulu.  Justeru itu, amatlah malang jika terdapat dalam kalangan umat Islam yang hanya mengharapkan doa-doa orang lain apabila ia meninggal dunia tanpa ia melakukan sesuatu yang mampu menyelamatkannya daripada siksaan neraka.

Keadaan ini juga boleh diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Kejayaan dalam hidup adalah hasil daripada usaha yang tidak pernah mengenal erti penat lelah memburu kejayaan.  Kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha diri sendiri. Orang lain hanya mampu berdoa dan menjadi pendorong sahaja. Faktor utama yang mengubah seseorang bermula daripada dalam jiwa manusia itu sendiri. Oleh kerana itu, setiap keputusan yang diambil bagi menentukan halatuju kehidupan mestilah berdasarkan kepada mengambil kira hujah yang kukuh dan pendapat yang berpaksikan kepada fakta. Tidak terikut kepada emosi dan sentimen. Kelak diri sendiri juga yang menanggung beban keputusan tersebut. Jauh sekali menjadi pak turut yang tidak menggunakan keupayaan akalnya yang dianugerah oleh Allah SWT. Satu kisah yang baik untuk diteladani:

Dua ekor keldai telah dibawa oleh tuanya mengangkat barang. Seekor membawa garam dan seekor lagi membawa span (menyerap air). Ketika mengharungi anak sungai, keldai yang membawa garam tergelincir beberapa kali dan jatuh tergolek ke dalam air. Garam yang dibawanya beransur-ansur hancur. Akhirnya ia merasa ringan. Setelah sampai ke tebing ia melompat-lompat kesukaan. Keldai yang membawa span kehairanan melihat kawannya, lalu ia bertanya kawannya bagaimana  cara meringankan beban di atas belakang. Setelah jawapan diperolehi, ia bertekad untuk melakukan perbuatan yang sama apabila berjumpa dengan anak sungai. Bahkan semasa berada dalam air ia sengaja berada lebih lama untuk meringankan bebanannya. Sebaliknya apa yang berlaku bebanannya semakin berat  apabila span menyerap lebih banyak air. Tuan keldai yang berada di tebing sungai melihat dengan penuh kelucuan telatah keldainya sambil berkata: ”Alangkah bodohnya engkau tidak mengerti beban engkau itu tidak sama jenisnya. Engkau  mengikut dan meniru dengan membuta tuli, tidak dengan fikiran dan faham yang terang. Bangsaku manusia ramai yang terikut-ikut dengan engkau”.

– Ustaz Razali Bin Musa, KT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: