Ramadahan, ISMA Kemaman dan masyarakat….

P9110064

KEMAMAN, 11 SEPTEMBER 2009 -ISMA Kemaman dengan kerjasama syarikat UDPS  Sdn. Bhd. telah berjaya mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Seberang Tayor, Kemaman. Majlis ini turut dihadiri 9 orang sukarelawan PEMBINA dari Ranaco Education & Training Institute serta 3 orang ahli PEMBINA Terengganu.

Program bermula usai solat Jumaat. Acara dimulakan dengan aktiviti memasak yang berterusan sehingga kira-kira satu jam sebelum masuknya waktu maghrib. Aktiviti pemasangan khemah serta penyusunan kerusi dan meja makan dijalankan serentak dengan kerja-kerja memasak.

Setelah juadah dan tempat menjamu selera tersedia, suatu majlis ucapan secara sederhana telah diadakan. Ketua Kampung yang tampil memberi ucapan, menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ISMA Kemaman dan syarikat UDPS kerana sudi menganjurkan majlis seumpama itu di Kg. Seberang Tayor.  Ia disusuli  ucapan wakil  penganjur, Ustaz Mohd Zulkifli Ibrahim. Antara lain, Ustaz Mohd Zulkifli menyentuh tentang keinginan ISMA Kemaman untuk mengadakan hubungan rapat yang berterusan dengan penduduk kampung itu.

Sejurus itu, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sumbangan kepada 30 penduduk kampung yang dikenalpasti sebagai golongan kurang berkemampuan. Sumbangan yang diberikan berupa bahan-bahan mentah untuk kegunaan harian seperti beras, minyak, gula, susu dan sebagainya. Sumbangan telah disampaikan oleh En Ahmad Shah Ruzip bin Abu, selaku wakil pengurusan syarikat UDPS Sdn.Bhd yang juga merupakan ahli ISMA Kemaman. Majlis tamat selepas semua hadirin sama-sama berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Menurut ahli yang menghadiri program ini, mereka berpendapat ia dapat merapatkan lagi hubungan ISMA atau PEMBINA dengan masyarakat tempatan. Ini memudahkan kedua-dua organisasi menyampaikan seruan Islam dalam membentuk masyarakat muslim yang lebih baik. Ia juga memupuk sifat prihatin di kalangan ahli.

Buat akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa agar setiap amalan yang kita lakukan mendapat restu dari Allah. Moga mesej Islam yang ingin kita sampaikan terus bergema di mana sahaja kaki kita jejaki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: