Perubahan yang merubah….

Nak ubah ini, nak ubah itu….Changes_next_exit

Ramai yang membicarakan perubahan dalam keadaan masyarakat yang boleh dikatakan kurang stabil sejak kebelakangan ini. Dalam berpolitik, ada yang berpendapat perlu tukar BN kepada PR. Ada juga yang melihat konsep kerajaan perpaduan merupakan perubahan yang lebih baik. Dulu, PM lama kata Islam Hadhari….PM sekarang kata 1 Malaysia… Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan, jumlah mata pelajaran SPM dihadkan hanya kepada 10 mata pelajaran dan kelulusan Bahasa Inggeris dijadikan syarat wajib lulus SPM.

Semua usaha perubahan ini berlaku kerana perubahan diperlukan dalam merungkai kepincangan yang ada dalam masyarakat, berubah kepada suatu keadaan yang lebih baik. Kita semua akui bahawa masyarakat kita sedang melalui satu fasa yang amat membimbangkan. Serba-serbinya merisaukan, baik dari segi nilai kemanusiaan yang kian pudar kepada betapa jauhnya pegangan agama dan akidah yang ditinggalkan.

Kenapa nak berubah? nak ubah jadi apa?… ramai yang tak suka berubah. Jadi perlulah kita jelas apa matlamat perubahan yang kita inginkan…yang masyarakat inginkan…yang Allah perintahkan. Sebagai orang Islam perlukan kita berbincang, berfikir dan berpandangan seperti seorang Islam. Meletakkan asas segalanya pada Islam. Semua individu yang sedar terhadap keislaman dan keimanannya menginginkan kehidupan yang sentiasa mendapat keredhaan Allah. Dan generasi Rasulullah dan para sahabat lah yang paling layak dijadikan role model sebagai generasi yang terunggul dalam sejarah Islam mahupun dalam sejarah ketamaduanan manusia. Inilah matlamat kita…

Sabda Nabi saw

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya.  Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman (Riwayat Muslim)

Pertamanya, perubahan yang dilakukan mestilah bersifat merubah….apa yang kita ingin ubah untuk mencapai matlamat kita? Nak ubah apa…?

Satu contoh yang berlaku di negara kita yang tercinta ini….kadar kemalangan jalan raya yang meningkat ke paras yang amat membimbangkan. Polis trafik merupakan insan yang paling banyak berkorban terutamanya di musim perayaan. Sibuk  ke sana-sini buat road block, teropong orang dari semak samun dan belukar demi memastikan pemandu jalan raya kita lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan pengawasan pihak polis. Berpuluh-puluh Ops Sikap dibuat, namun sikap pemandu Malaysia masih belum berubah. Saman RM300 untuk memandu melepasi had laju, langsung tidak dihiraukan. Mungkin rakyat Malaysia terlalu kaya untuk menyayangi R300 mereka.

merempit3

Mat-mat rempit apa kurangnya. sekali lagi Polis juga yang terpaksa berkorban. Berkorban masa bersama keluarga dan menggadaikan nyawa membuat sekatan jalan raya bagi menghentikan lumba-lumba haram yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Pelbagai cadangan dilontarkan….ada yang berpendapat ibu bapa mat-mat rempit dan pemilik motosikal lah yang perlu dihukum. Ada juga yang membina litar lumba khas dan pertandingan perlumbaan motosikal yang rasmi demi memastikan gejala ini surut. Tapi apa sudah jadi…anda semua pasti setuju, gejala mat rempit masih menjadi-jadi. Setiap hujung minggu beribu-beribu batalion penunggang motosikal ini akan mengusai jalan raya di negara kita dengan pelbagai aksi dan gaya. Dan bertambah juga bilangan anak-anak muda kita (yang rata-ratanya Melayu), terkulai layu di jalanan dalam siri-siri perlumbaan haram. Ada yang selamat dan ramai juga yang mensia-siakan hidupnya terkorban di jalan yang tak diredhaiNYA

*****************************************

Mari kita jenguk pula di negara saudara kita di Tebing Gaza. Dalam era pemerintahan HAMAS, penguatkuasaan undang-undang tetap dilaksanakan. Sesiapa yang melakukan jenayah dan terbukti bersalah pasti akan dihukum. Penjara tetap berfungsi sebagai tabir yang mengasingkan manusia yang melampaui batas dengan masyarakat umum. Pengalaman seorang bekas banduan penjara Gaza, Mazan Mohra yang dipenjarakan akan tuduhan mengedar dadah

“Semasa di penjara, kami diajar mengenai Rasulullah saw dan mengapa hukuman dijatuhkan ke atas kami. Kami diberi peluang untuk bertaubat. Jika kami menghafaz 1 juz Al-Quran, hukuman kami akan dikurangkan sebanyak 2 bulan. ini membuatkan kami menjadi Muslim yang lebih baik. Jika kami berjaya menghafaz 5 juz Al-Quran, pihak penjara mengurangkan hukuman kami sebanyak setahun. Meraka mengatakan kami semua ada peluang untuk kembali mejalani hidup normal jika kami kembali pada Allah kerana DIA akan menerima taubat. Mereka sangat membantu dan saya amat berterima kasih kepada mereka. Namun, syukur kepada Allah yang membenarkan semua ini berlaku” (Mazan Mohra, bekas banduan Penjara Gaza)

**************************************

Tidak dinafikan segala usaha perubahan yang dilakukan, pasti meninggalkan kesannya baik dalam magnitud yang kecil atau pun besar. Tapi kegagalan kita pada hari ini adalah menekankan perubahan-perubahan yang belum pasti memberikan kesan perubahan yang hakiki kepada masyarakat. Persoalannya di sini, apa yang perlu diubah? dalam isu kemalangan jalan raya, adakah udang-udang yang lebih keras perlu digubal atau pun pemandu yang perlu berubah? Dalam masyarakat jauh dari Islam, adakah masjid yang perlu diperbesarkan dan diperbanyakkan atau pun orang Islam yang perlu berubah? Islam yang perlu dihadharikan atau pun orang Islam yang perlu berubah?

Kami tidak memperlekehkan atau menghalang usaha-usaha perubahan yang lain sekiranya perubahan itu didasarkan atas niat yang mulia dan bertepatan dengan lunas syara’. Namun, usaha kami di ISMA adalah berusaha mengubah manusia kepada insan yang meletak Allah sebagai matlamat kehidupan, Rasulullah sebagai contoh tauladan dan Al-Quran sebagai perlembagaan kehidupan. Kami berusaha menumpukan usaha untuk merubah masnusia kepada individu-individu muslim yang bermakna dan bermanfaat kepada ummah dan Islam. Individu-individu inilah yang akan melahirkan keluarga dan masyarakat yang bersifat muslim dalam segenap aspek kehidupannya. Kerana di sini lah letaknya kepentingan tarbiyah islamiyah. Inilah jalan nabi, dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw

3 Respons

  1. banyak movies yang dibuat sekarang ni yang meng’galak’kan lagi manusia di tanah malaya bermungkar secara melata. cth seperti rempit {sila ambil perhatian sekarang dicadangkan utk tukar panggil samseng jalan) bohsia etc.

    fikir2 semula adakah dengan sikap menangisi kerosakan yang terjadi boleh menyelesaikan masalah?

    neah

    islah nafsak wa ad’u ghairak!
    ( perbaiki dirimu dan dakwahi orang lain )

  2. kejelasan kita mengenai manhaj taghyir perlu lah bersandarkan sunnah rasulullah, bukannya dibuat berdasarkan acuan sendiri. Penguasaan sejarah ketamadunan manusia akan membantu kita utk lebih memahami kebangkitan-kebangkitan yg pernah dilakukan oleh umat yg terdahulu

    • comel sekali jika ente dapat perbutirkan manhaj taghyir isma, agar dapat dikongsi bersama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: