Pengalaman di Perkhemahan ISMA Pantai Timur 2009

Berada di Perkhemahan ISMA Pantai Timur 2009 di Danau Tok Uban (Kelantan) pada 29-31 Mei yang lalu, telah memberi pelbagai pengalaman yang berharga khususnya kepada aktivis ISMA Terengganu.

Peserta Perkhemahan ISMA Pantai Timur 2009

Mengambil ibroh (pengajaran) dari firma Allah yang maksudnya:

“Berangkatlah kamu baik dengan rasanringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” (At-Taubah:41)

Dakwah ilallah (kepada Allah) atau jihad fi sabilillah tidak memilih masa, tempat atau pun keadaan. Ianya perlu terus berlaku baik dalam kesenangan atau pun kesusahan. Inilah kerja utama yang mendahului segala bentuk pekerjaan di muka bumi ini. Ia juga merupakan nadi kehidupan bagi para dhu’at yang akan menyampaikan mereka kepada keredhaan Ilahi. Perkhemahan ISMA kali ini telah banyak menumpukan persiapan diri aktivis ISMA supaya mereka mengenali dan memahami sifat dakwah Islamiyah yang tidak pernah padam sehingga berlakunya “hari yang dijanjikan” oleh Allah swt

Persoalan mengenai dakwah ISMA telah terukai kemas dan rapi. Tiada keraguan lagi bahawa manhaj taghyir (perubahan) yang dibawa ISMA  jelas menumpukan ke arah perubahan yang tabi’i dan kekal. ISMA melihat tarbiyah Islamiyah merupakan tunjang yang harus diberi penekanan kepada masyarakat. Memang betul…ianya mengambil masa yang panjang dan memerlukan iltizam yang tinggi, tapi langkah ini adalah langkah yang pasti dan terjamin.

Inilah impian ISMA dalam membina generasi harapan

Inilah impian ISMA dalam membina generasi harapan

Tarbiyah yang dimaksudkan oleh ISMA adalah merupakan tarbiyah Islamiyah yang memiliki ciri-ciri berikut:

  1. Robbaniyah – bersifat ketuhanan. Segala amal perbuatan dilaksanakan dengan bertunjangkan keimanan dan akidah kepada Allah swt
  2. Syumuliyah – tarbiyah ini lengkap merangkumi pelbagai aspek selaras dengan sifat kesyumulan Islam
  3. Waqi’iyah – melihat aspek realiti atau suasana setempat sebagai elemen yang perlu diberi perhatian
  4. Tajmi’iyah – ianya bersifat mengumpul insan-insan yang ikhlas dalam satu susunan tersusun
  5. Harakiyah – ianya tidak statik. Dakwah ini akan terus bergerak ke arah suatu posisi yang lebih baik
  6. Munaazoman – Strategi dan perancangan yang teratur adalah satu kemestian. Ianya bukan suatu perkara yang boleh dilakukan dengan semberono tanpa perancangan yang rapi

Ciri-ciri tersebut merupaka tunjang asas kepada perlaksanan gagasan Iman Hassan al Banna. Imam Asy Syahid telah menyenaraikan 7 marhalah atau tertib amal dalam melaksanakan perubahan ini:

  1. Fardhul Muslim (peribadi muslim)
  2. Baitul Muslim (keluarga muslim)
  3. Ijtima’ Muslim (masyarakat muslim)
  4. Tahriru Wathon (pembebasan watan Islam)
  5. Islahul Hukumah (pembaikan pemerintahan)
  6. Khilafah Islamiyah (khilafah Islam)
  7. Ustaziatul Alam (pembimbing alam/dunia)

Ini jelas merujuk kepada sirah nabawiyah, di mana segala bentuk usaha, pengorbanan dan kesabaran Rasulullah saw dalam tempoh 13 tahun di Mekah merupakan satu penumpuan kepada pembentukan dan tarbiyah generasi awal muslim. Dalam tempoh 13 tahun inilah generasi awal muslim ini diuji dengan segala bentuk penindasan dan penyeksaan yang dahsyat dari pihak kafir Quraisy. Namun, dakwah Islamiyah dan tarbiyah tetap berjalan tanpa kenal erti putus asa. Kemenangan yang dijanjikan Allah akhirnya menjelma setelah kesemua syarat-syarat  kemenangan telah dipenuhi oleh para sahabat radhiyallahu ajma’in.

ISMA menekakan aspek disiplin dan ketahan diri

ISMA menekakan aspek disiplin dan ketahan diri

Usaha yang berterusan itu satu kemestian… Walau bagaimanapun para aktivis ISMA telah diperingatkan berlang-ulang kali mengenai kebergantungan mereka kepada Allah dalam melakasanakan dakwah Islamiyah yang suci ini kerana kemenagan itu adalah dari Allah. Muhasabah, istighfar, doa dan qiamullail adalah tali yang menghubungkan antara amal dan Pemilik Alam Ini. Inilah syarat kemenangan tentera badar yang serba-serbi kekurangan dari segi jumlah dan  kelengkapan fizikal peperangan. Inilah juga yang telah memenangkan tentera Thalut yang sedikit dalam memerangi Jalut. Dan ia jugalah yang telah membantu tentera Muslimin yang terkepung di Gaza dan menghadapi Yahudi laknatullah

Sebahagian aktivis ISMA Terengganu yang meneyertai perkhemahan

Sebahagian aktivis ISMA Terengganu yang meneyertai perkhemahan

Semua aktivis ISMA menyedari bahawa ini adalah jalan yang telah mereka pilih dengan penuh keimanan dan keyakinan kepada janji-janji Allah. Kami di ISMA menyeru masyarakat muslimin agar kita kembali kepada Islam dan keimanan kepada Allah dengan tanpa rasa putus asa. Yakinlah wahai saudaraku, kemenangan Islam akan tiba. Walau tak kita hadapi masanya, tetaplah al haq mencapai kemenangan. wallahu’alam


Satu Respons

  1. salam tumpang ziarah.
    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: