Seruan Ustaz Mursyid berkenaan isu Gaza

Seruan daripada Mursyid Am Ikhwan Muslimin kepada seluruh bangsa-bangsa di dunia  untuk sama-sama memperteguh semangat setia kawan dengan penduduk-penduduk wilayah Gaza, Palestin ;

————————–

Seruan ini ;

* Kepada umat manusia yang enggan tunduk (kepada kezaliman) di seluruh pelusuk dunia
* Kepada umat manusia yang sentiasa mengiginkan kebenaran, keadilan dan kebebasan
* Kepada umat manusia yang mencari keamanan, ketenangan dan kesejahteraan
* Kepada umat Arab dan Islam

Saya mengucapkan menerusi kamu ucapan bangga, mulia dan hormat kepada ummat Palestin yang berjuang di wilayah Gaza di atas ketahanannya, kemantapannya, imannya dan pengorbanannya.

* Sesungguhnya Umat ini tidak hanya mempertahankan tanah-tanah sucinya, bumi dan tanahair semata-mata, bahkan mempertahankan kemuliaan ummah dan kesuciannya.  Ia sebenarnya merupakan benteng penahan dan garis pertahanan yang pertama dalam menghadapi rencana Amerika dan Zionis yang bertujuan menundukkan ummah, merampas  kekayaan-kekayaan sumber muka buminya serta meleburkan ciri-ciri khusus kebudayaannya.
* Sesungguhnya, ketahanan, sifat  bermati-matian yang telah ditunjukkan oleh umat (Palestin) yang gagah ini dengan izin Allah s.w.t akan menjadi faktor pemutus dalam menggagalkan serangan ganas ini yang bertujuan mematahkan kemahuannya, melemahkan keazamannya dan menggoncang  penentangannya.
* Tanpa syak lagi, wahai gulungan yang merdeka, bahawa semangat setiakawan kamu dengan umat Palestin akan memperkuatkan ketahanan mereka ini, akan menjadi bekalan dan aspirasi kepada golongan-golongan perwira di wilayah Gaza dalam menghadapi pencerobohan ganas gulungan Zionis, dalam perjuangan mereka ke arah pembebasan dengan kehendak Allah s.w.t.Sebagai tambahan, saya ingin memperingatkan kamu, bahawa golongan musuh, zionis tidak akan melakukan penyembelihan yang dahsyat ini melainkan menerusi konspirasi antarabangsa, kebisuan, kelemahan, kelumpuhan, bahkan persekongkolan (kepimpinan) Arab.

Ingatlah! Harapan masa ini terletak pada ummah/bangsa-bangsa di dunia dan kelompok-kelompok pendesaknya yang aktif. Keupayaannya untuk membuat tekanan ke atas rejim-rejim dan pemerintah-pemerintah dunia Arab. Institusi-institusi masyarakat antara bangsa. Semuga kesemuanya melaksanakan tanggongjawab masing-masing dalam;

* Menghentikan pencerobohan ganas terhadap penduduk wilayah Gaza
* Memecahkan kepungan, membuka laluan Rafah dan mengangkat penderitaan daripada wilayah Gaza
* Memutuskan segala bentuk hubungan diplomatik, politik, ekonomi dengan musuh zionis

Yang dituntut: Berterusan dengan peryataan/pengisytiharan kemarahan dengan menggunakan segala cara secara aman yang dapat dilakukan, menghadapi pembohongan media massa  yang dicanangkan oleh alat-alat media massa zionis dan sesiapa saja yang berligar di dalam orbitnya.

“Allah lagi akan memenangkan gulungan yang memenangkannya, sesungguhnya Allah itu Maha Kuat dan Perkasa.”.. (Surah al-Haj, Ayat 40).
——————–
Muhammad Mahdi Aqif,
Mursyid Am Ikhwan Muslimin
30 Zulhijjah 1429 / 28 Dis 2008

Tinggalkan komen