Takut yang menguntungkan…..

 

Berhati-hati ke jalan akhirat......

Berhati-hati ke jalan akhirat......

Orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya tidak berani melakukan maksiat dan apabila ia melakukannya di bawah tekanan kelemahannya sebagai manusia, maka perasaan takutnya kepada Allah Yang Maha Mulia itu akan membawanya kepada penyesalan-penyesalan kepada memohon keampuanan dan bertaubat dan kerana itu ia tetap berada dalam lingkuangan taat.

Pencegahan diri dari keinginan hawa nafsu merupakan tiang siri ketaatan. Keinginan hawa nafsu merupakan pendorong yang kuat kepada tindak-tanduk yan melampau dan kepada perbuatan-perbuatan maksiat. Ia menjadi punca segala bala bencana dan punca segala kejahatan. Jarang manusia binasa kecuali dengan sebab nafsu. Kejahilan mudah diubati tetapi penyakit hawa nafsu selepas berilmu merupakan penyakit jiwa yang memerlukan mujahadah yang bersungguh-sungguh dan memerlukan masa yang lama untuk mengubatinya.

Perasaan takut kepada Allah merupakan dinding yang teguh untuk mencegahkan keinginan-keinginan nafsu yang kuat, tetapi dinding-dinding lain jarang dapat mencegah rempuhan hawa nafsu. Kerana itulah kedua-duannya di dalam satu ayat yabg sama:

 

40

An-Naazi'at:40

Yang bercakap di sini adalah Allah, Pencipta jiwa manusia, kerana itulah Dialah Yang Maha Tahu tentang penyakit jiwa dan ubatnya. Dialah Yang Maha Mengetahui segala lorong dan liku-likunya, Dialah Yang Maha Mengetahui di mana tersebunyinya keinginan-keinginan hawa nafsu dan apakah pula ubatnya dan bagaimana hendak megusir dan memburu hawa nafsu itu dari tempat-tempat persembunyiannya

Allah tidak mentaklifkan manusia supaya mempastikan keinginan hawa nafsu itu bersemarak di dalam jiwa kerana Allah SWT tahu bahawa tindakan itu adalah di luar kemampuan manusia. Oleh ituia hanya akan mentaklifkan manusia supaya melarang , mencegah dan memegang tali pacunya serta mencari pertolongan dari perasaan takut kepada kebesaran Allah Yang Maha Agung. Allah menetapkan balasan syurga kepada setiap oarang yang berjihad melawan hawa nafsunya:

 

41

An-Naazi'at:41

Ini adalah kerana Allah mengetahui kesulitan dan kehebatan jihad itu, juga mengetahui nilai jihad itu dalam mengasuh, mendidik, memperbetul dan meningkatkan jiwa manusia ke maqam yang tinggi.

Manusia itu menjadi manusia dengan sebab kesanggupannya mencegah hawa nafsunya, dengan sebab jihadnya dan dengan sebab peningkatan jiwanya. Ia bukan manusia apabila membiarkan dirinya dipermainkan hawa nafsunya dan apabila ia mentaati dorongan-dorongan nafsunya hingga ke dasarnya yang dalam dengan alasan kerana nafsu itu telah ditanam dengan tabiat semulajadinya. Allah yang menciptakan dalam jiwa manusia kesediaan untuk mengikut dorongan nafsu, Dialah juga yang menciptakan kesediaan untuk mengikuti dorongan nafsu, Dialah juga yang menciptakan kesediaan untuk mengendali, mencegah dan memebebaskan diri dari nafsunya. Dan Allah telah memperuntukkan balasan dan kediaman syurga kepadanya apabila ia telah berjaya mengalahkan nafsunya dan meningkatkan dirinya

Kebiasaan insaniyah yang melayakkan seseorang menerima penghormatan dari Allah ialah kebebasan mengalahkan hawa nafsu dan kebebasan dari belenggu-belenggu hawa nafsu dan kebolehan mengendalikannya dengan saksama serta mengukuhkan kebiasaan membuat pilihan dan penilaian ala manusia. Kebebasan haiwaniyah ialah kekalahan di hadapan hawa nafsu dan perhambaan seseorang kepada dorongan nafsunya dan keterlucutan tali pacu nafsu dari kawalan kehendak dan kemahuannya. Kebebasan haiwaniyah adalah kebebasan yang diperjuangkan oleh makhluk yang tewas kemanusiaanya atau manusia hamba yang memakai baju merdeka yang indah.

Manusia yang pertama yang dapat mengawal hawa nafsunya berjaya meningkatkan diri dan menyiapkan untuk memasuki kehidupan yang luhur di dalam syurga, sementara manusia kedua yang tidak dapat mengawal nafsunya itulah manusia yang jatuh dan bersedia untuk kehidupan yang rendah dalam neraka dan menjadi kayu bakarnya bersama batu-bata. Itilah kesudahan-kesudahan yang wajar dalam pertimbangan neraca Allah yang menilaikan hakikat segala sesuatu.

 

#petikan dari tafsir Fil Zilal lil Quran – Surah An-Nazi’at

 

 

Satu Respons

  1. […] Artikel/Cerpen, Peringatan.. – diambil daripada laman web ISMA Terengganu dalam artikel bertajuk Takut yang menguntungkan….. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: