Fatwa di sana-sini

Hukum dan fatwa tidak mengubah masyarakat

Dalam isu fatwa berkenaan dengan Pengkid dan Senaman Yoga ni, sebenarnya membuktikan kepada kita fikrah yang sama2 kita imani sebelum ini. Iaitu hukum dan fatwa tidak akan mengubah masyarakat secara total/sekaligus. Seerah rasulullah membuktikan bahawa ajaran Islam bermula dgn penanaman asas aqidah, matlamat kehidupan utk mencari redha allah dan adanya hari pembalasan di mana setiap sesuatu akan di nilai dan diberi ganjaran setimpal, syurga atau neraka, redha allah atau kemurkaan-Nya. Dengan asas iman yg mantap yang ditanam melalui surah2 mufassol (surah Qaaf hingga An-Nas), akhirnya membentuk satu masyarakat yang sedia untuk mentaati apa jua perintah allah, yg berbentuk suruhan mahupun larangan. Dengan itu , mereka mampu meninggalkan amalan meminum arak yg begitu disukai dan telah berakat umbi dlm masyarakat arab ketika itu. Dengan itu juga mereka sanggup mentaati apa jua perintah meskipun ia bertentangan dengan kehendak hawa nafsu mereka dan kepentingan diri dan kaum kerabat mereka.

Mesej-mesej keimanan dan kasih sayang allah ini perlu di sampaikan dan menjadi amalan dan pedoman masyarakat sebelum sampainya mesej2 larangan dan azab dr allah. Rasullulah juga memberi pedoman dlm isu ini, sabda baginda: Yassiru wa la tuassiru, Bassyiruu wa la tunaaziru (permudahkanlah, jgn susah-susahkan, dan sampaikanlah berita gembira sebelum memberi amaran). Sesungguhnya perubahan dalam masyarakat Cuma akan dapat dicapai sekiranya orang-orang soleh dalam masyarakat berjaya membentuk dan mengubah pandangan umum masyarakat, sebagaimana ahli badar berperanan dalam membentuk generasi sahabat, sebagaimana orang muhajirin membentuk pandangan umum seluruh penduduk madinah. Orang-orang soleh ini lah yang kita sedang bentuk supaya kelak mereka mampu mengubah seluruh masyarakat islam ke arah pemahaman islam yang saliim dan syumul. Inilah manhaj perubahan kita.

Kaedah dlm pemberian fatwa: mendidik sebelum menghukum

Gaya Dr Yusuf al-qardawi perlu dicontohi dlm isu mengeluarkan fatwa. Beliau sering mengulas sesuatu isu itu dengan panjang lebar, memberikan beberapa asas yang perlu difahami sebelum sesuatu fatwa itu disebutkan. Dalam isu fatwa senaman yoga misalnya, mungkin perlu di nyatakan terlebih dahulu tuntutan islam dlm isu menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal, menegaskan bahwa islam boleh mengambil segala yang baik drpd mana2 sumber pum (al-hikmatu dhaallatul mu’min, lamma wajadaha fahua ahaqqu an-naasu biha) . Namun demikian perlu diperhatikan amalan2 yg menyerupai amalan agam lain, berbentuk penyembahan dan pemujaan dan matlamat akhir sesuatu amalan. Lalu dari situ dan berdasarkan hujah-hujah itu, lalu timbul lah fatwa yg sedemikian, dan perlu disebut juga amalan apa yg merosak aqidah, dan apa pengecualian tertentu jika ada.Tidak lah sesuatu fatwa itu bersifat terlalu umum seolah-olah di sana tiada ruang pengecualian dan amat rigid dan sempit sekali interpretasinya. Dan tidaklah juga sesuatu fatwa itu terlalu longgar sehingga tidak ada nilai dan kesan apa-apa.

Indikator apa yang menjadi pedoman masyarakat (neraca iman atau selainnya)

Daripada fenomena beberapa fatwa ini, menjelaskan kepada kita apa yang sebenarnya menjadi neraca pertimbangan masyarakat. Kita boleh melihat sejauh mana fatwa yg dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan boleh di sanggah dan dipertikaikan oleh sesiapa shj. Sesiapa boleh bagi komen dan nyatakan pendapat masing2, malah raja2 yg sepatutnya menjadi benteng terakhir Agama Rasmi ini pun seolah-oleh berlepas diri drpd fatwa ini. Lebih malang lagi apabila org2 bukan Islam turut bebas memberikan pandangan mereka (pertubuhan hindu sanggam menyatakan rasa terkilan mereke kerana majlis fatwa tidak consult mereka dlm isu ini). Seolah-olah tiada siapa yang ada authority dlm agama ini.  Apabila kita melihat dgn lebih detail, sebenarnya isu ini bukanlah satu isu yang begitu asing. Dlm isu pengkid misalnya, sepatutnya menjadi sesuatu yg sepatutnya semua org Islam tahu (ma’luum mina ddiin bi ddhoruuroh) mengenai larangan rasulullah tentang menyerupai jantina yg berlawanan. Isu ini bukan semata-mata isu kesopanan dan adat susila tetapi merupakan satu tuntutan agama. Kalau lah isu yg boleh dikatakan simple ini pun boleh di salahertikan sebagai menggangu hak asasi, kebebasan individu dan sebagainya, bagaimana pula perlaksanaan islam secara lebih menyeluruh? Adakah masyarakat Islam hari ini boleh menerima amalan Islam yang syumul? Cuba bayangkan sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan umat islam lelaki dan wanita mendedah kan aurat? Bayangkan betapa hebatnya reaksi masyarakat dlm perkara yg sudah jelas hukumnya.

Peranan media dan kesannya

Di sini kita melihat peranan yang dimainkan oleh pihak media. Adakah mana2 akhbar yang menyiarkan fatwa Pengkid dan Yoga ini secara penuh supaya masyarakat mampu membuat penilaian yg terpimpin (informed decision). Rata2 cuma menggambarkan “YOGA HARAM” dlm segala bentuknya kerana boleh merosakkan aqidah. Itu sahaja. Malah kenyataan media pengerusi majlis fatwa pun tidak disiarkan secara penuh. Berbekalkan persepsi inilah, dan dgn pandangan pelabagai pihak yg kelihatan seolah-olah one-sided inilah yg akhirnya diterima sebagai pandangan umum. Di mana suara2 yg menyokong fatwa ini? Di mana penjelasan lanjut yg bertujuan mendidik masyarakat dlm isu ini?

Pendirian kita

Sememangya terdapat satu ruang vakuum yang besar dlm masyarakat Islam hari ini tentang ajaran Islam itu sendiri. Dalam suasana masyarakat Islam sendiri belum betul-betul jelas dlm kebanyakan isu umat Islam, baik dlam isu aqidah, akhlak, muamalah dan segala aspek ajaran islam yg syumul ini, usaha-usaha mengislah masyarakat dan memandu masyarakat sebenarnya amat2 diperlukan. Ajaran Islam ini tidak akan tertegak dgn fatwa dan hukum semata-mata tanpa ada pemahaman yg jelas tentang agama itu sendiri. Usaha ini perlulah dilakukan diperingkat akar umbi masyarakat, dlm setiap individu ahli masyarakat. Inilah jihad kita hari ini. Jihad dgn hujah. Memandu manusia kembali mengenal Allah yg Esa. Kita akan menyokong mana2 usaha ke arah pembaikian masyarakat. Kita tidak menyalahkan Majlis Fatwa mengenai isu2 ini, bahkan kita berterima kasih kepada mereka, kerana dgn timbulya isu ini, maka memberi peluang kepada kita utk memberi penjelasan yg sewajarnya dan mengemukakan jalan penyelesaian. Kita berharap segala isu umat Islam hari ini mendapat perhatian yang sewajarnya mengikut prioritinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: