Bagaimana ayah begitulah anaknya

Institusi kekeluargaan merupakan aset penting dalam pembinaan sebuah umat. Kita yakini bahawa Sebuah Baitul Muslim itu tidak akan lahir tanpa adanya Fardhul Muslim (Individu Muslim) yang muslim dalam pemikirannya, muslim dalam aqidahnya, muslim dalam segala tingkah laku serta perasaannya dan muslim dalam segala tindak-tanduknya. Namun pembentukan keluarga ini tidak akan sempurna tanpa peranan besar yang perlu dimainkan oleh para abi, waled, bapa dan ayah. Benarlah kata pujangga melayu, “Bapa borek, anak rintik”. Di sini kami kongsikan sebuah kisah salafussoleh yang menggambarkan perkara ini.

***************************************************************

“Siapa yang menjaminmu hidup samapai selepas waktu Zuhur?” Pertanyaan itu terlontar daripada daripada mulut seorang pemuda kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tokoh pemimpin bergelar khulafa’ ar-rasyidin ke-5. Ketika itu khalifah yang terkenal keadilannya itu sangat tersentak dengan perkataan si pemuda. Apatah lagi pada ketika itu, dia sedang merebahkan dirinya beristirehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Malik.
Tetapi baru sahaja dia merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun dating menghampirinya dan mengatakan, “ Apa yang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?” Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawab,”Biarkan saya tidur sejenak. Saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa.” Namun pemuda itu kelihatan tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Dia bertanya lagi, “Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminn?” Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengatakan,”Jika tiba waktu Zuhur, saya bersama orang-orang saya kan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya,” Jawapan itulsh ditanggapi oleh si pemuda, “Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?”
Pemuda itu bernama Abdul Maluk. Dia adalah putera Amirul Mukminin sendiri, Umar bin Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati kedua-duanya

2 Respons

  1. […] :  ISMA terengganu Editor ANAKKUSOLEH mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Rebutlah peluang untuk […]

  2. semuanya bermula daripada ibu dan ayah itu sendiri dalam memberi didikan pertama pada anak (first school). kalau ilmu yang diberi baik, maka baiklah jadinya.

    dan realiti bapak borek anak rintik sangat jelas kelihatan dan senang nak trace dekat skolah..mati akal cikgu kalau the parents asyik nak menyebelahi anak2 yang bermasalah ini.

    untuk yang belum berkahwin – peranan kursus kahwin pula, seolah2 seperti sekolah memandu. kalau dapat lesen, maka boleh memandu. kalau dapat sijil kahwin, maka bolehlah bernikah. mereka memandang sepi pada ilmu2 yang diajarkan.

    back to the basic.

Tinggalkan komen