Akhlaq buah keimanan (kes: pelajar tendang guru)

Kejadian yang berlaku baru-baru ini di mana sekumpulan pelajar Tingkatan 2 di Kangar telah menedang guru meraka di sekolah menggambarkan betapa seriusnya krisis akhlak masyarakat kita pada masa kini. Kes pelajar tidak menghormati atau melawan guru bukan merupakan sesuatu perkara baru yang berlaku, namun masalah seperti ini seolah-olahnya berlalu tanpa menemui sebarang penyelesaian yang menyeluruh. Pelbagai pihak telah hadir menwarkan atau mencadang berbagai-bagai bentuk dan nama penyelesaian. Hari demi hari, masalah ini bertambah parah.

Jadi benarlah kata negarawan Negara haram Yahudi, Moshe Dayan, kelemahan umat Islam sehingga menjadikan mereka sebuah umat yg melarat ditindas dan hidup dalam belas ihsan orang lain adalah, orang Islam tidak mempunyai perancangan, malas dan tidak mengambil iktibar dari sejarah. Nabi Muhammad saw telah diutuskan oleh Allah ditengah-tengah masyarakat Arab Quraisy yang pada ketika itu berada pada tahap akhlak dan moral yang amat rendah. Dengan kes buang anak yang semakin menjadi-jadi, keruntuhan nilai kemanusian dan kes-kes sosial yang lain, masyarakat pada hari ini hampir mirip dengan masyarakat yang kita gelarkan sebagai “arab jahiliyah” itu.

Tidak akan lahir masyarakat yg berakhlak  tanpa dibangun dengan didikan iman. Tidak akan lahir masyarakat yang mempunyai nilai kemanusiaan dan moral yang tinggi jika nilai keimanan tidak berakar umbi dalam masyarakat.

Suatu masa dahulu, Umar al-Khattab ra terkenal dengan perilaku jahiliyahnya menanam anak perempuannya hidup-hidup demi menjaga maruah dan kehormatan keluarga. Namun, segalanya berubah setelah kedatangan cahaya isman dalam dirinya. Sehingga Rasululullah saw pernah bersabda:

Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi

Dalam satu peristiwa lain, ketika Amirul Mukminin, Umar bin Khathab sedang melakukan rondaannya, beliau  terlihat seorang anak penggembala kambing yang asyik ‘mengasuh’ kambing-kambing milik majikannya. Umar pun menghampiri anak itu lalu bertanya: “Nak, bolehkah aku membeli seekor sahaja kambing yang sedang kau gembalakan itu?”

Si anak gembala menjawab: “Kambing ini bukan milikku melainkan milik majikanku. Aku tidak boleh menjualnya”. Umar cuba memujuknya: “Kambing itu amat banyak. Apakah majikanmu kerap memeriksa dan menghitungnya?” Anak gembala itu menjawab: “Tidak, majikanku tidak tahu berapa ekor jumlah kambingnya. Dia tidak tahu berapa kambing yang mati dan berapa yang lahir. Dia tidak pernah memeriksa dan menghitungnya.” Umar terus memujuknya: “Kalau begitu jika hilang satu ekor kambing, belum tentu majikanmu akan tahu. Di sini juga tidak ada orang lain. Hanya ada aku dan kamu sahaja. Ini wangnya, terimalah! Ambil saja buat kamu untuk membeli baju atau roti.” Anak gembala miskin itu dengan tetap tegar menjawab: “Memang tidak ada orang di sini. Tapi dimana Allah ? Allah Maha Tahu, Allah menyaksian semua yang terjadi”. Mendengar jawapan anak gembala itu, Umar bin Khatab, Amirul Mu’minin tersebut menangis dan mendakap anak gembala itu dengan penuh kasih sayang.

Jelaslah di sini, ‘kegelapan’  jahiliyah itu tidaklah sekebal mana. Apabila datangnya ‘cahaya’ keimanan, kita akan dapat menilai apa yang berada di depan mata kita. Seekor ular atau tali mungkin tidak akan dapat dibezakan di dalam kegelapan melainkan apabila kita telah menerima patukan ular tersebut. Namun, apabila cahaya mula menerangi, nescaya ular tidak akan disentuh malah kita akan terus menghindarinya kerana nampak dan sedar akibat yang bakal diterima seandainya ular tersebut terus didekati

Oleh yang demikian, marilah kita mengambil balik jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, iaitu untuk kita kembali kepada jalan dakwah Islamiyah demi mengembalikan cahaya keimanan yang semakin hari semakin malap dalam masyarakat kita. Tidak ada jalan lain melainkan memperbaiki masyarakat ini dari setiap sudut, bukannya secara terpecah-pecah atau bahagian-bahagian tertentu. Bukan hanya berpada dengan pembaikan pada system pendidikan sahaja. Pemulihan institusi kekeluargaan, penerapan nilai-nilai kemanusian dan pembaikan tahap sosio-ekonomi dalam masyarakat sepatutnya diberi perhatian agar ianya selaras dengan nilai-nilai keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Apa yang pasti, perubahan ini tidak akan belaku apabila kita kerap menunding jari, tidak ambil tahu mahupun berdiam diri dan berdoa agar kaum kerabat kita akan dijauhkan dari kesan krisis keimanan ini

Firman Allah: Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesyuatu kaum, sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri (Ar-Ra’d: 11)

Segalanya terserah pada kita semua. Tiada keajaiban yang akan berlaku (melainkan dengan kehendak Allah), kerana Allah hanya akan menganugerahkan kejayaan pada mereka yang berusaha ddan berharap padaNYA. Itulah sunnah kejayaan

**************************************************************

 

KANGAR: Seorang guru di sebuah sekolah menengah di sini, mendakwa diserang sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali pada perut oleh salah seorang daripada mereka di dalam bilik darjah sekolah terbabit, di sini, pagi semalam. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, menegur seorang pelajar perempuannya berhubung kelewatan menghantar tugasan diberikan, terutama kandungan kata-kata kesat ‘Gila Babi’ yang diconteng pada kerja kursus yang dihantar. Tidak cukup dengan insiden di dalam kelas itu, pelajar perempuan berusia 14 tahun itu yang dikatakan masih belum berpuas hati dengan teguran guru berkenaan, dikatakan memanggil beberapa lagi rakannya dari kelas lain untuk membalas dendam. Mereka kemudian ‘menyerang’ dan membuat kacau di kelas terbabit ketika Azahana yang juga guru mata pelajaran Fizik itu sedang mengajar, sehingga memaksa mangsa lari menyelamatkan diri ke bilik guru.

Azahana ketika ditemui bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dengan alasan bimbang ia akan mendatangkan kesan termasuk diserang sekali lagi oleh kumpulan pelajar terbabit. Bagaimanapun, Azahana yang masih fobia dan ketakutan ketika ditanya mengaku ditendang pelajar perempuan terbabit pada perut. Dia kemudian lari menyelamatkan diri ke bilik guru, sebelum dibawa ke Balai Polis Kangar untuk membuat laporan. Difahamkan, Azahana baru saja berpindah ke sekolah berkenaan pada awal tahun lalu dari Johor, selepas menghadapi masalah kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Mohd Yusof Diah, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa kira-kira jam 12 tengah hari, semalam. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa menegur salah seorang pelajar perempuan dari tingkatan dua berhubung kelewatannya menghantar tugasan kerja kursus.

“Pelajar terbabit dikatakan tidak dapat menerima teguran sehingga menyebabkan berlaku kekalutan, sebelum mangsa ditendang dua atau tiga kali pada perut.

“Sehingga kini, kes masih disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: