Membentuk peribadi cemerlang (Bahagian 1)

Gambaran kecemerlangan yang sebenar adalah yang dipaparkan oleh Allah dalam Al-Quran mahu pun dalam hadis Rasulullah. Contoh kemerlangan yang  ada dalam diri Rasulullah saw yang secara sempurna menampilkan “Quran yang hidup” dalam seluruh aspek kehidupan. Allah berfirman,

Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung (al-Qalam: 4)

Dari sudut mana pun baginda adalah tokoh keteladanan. Rasulullah saw adalah uswah hasanah bagi sesiapa sahaja. Bagi pemuda, guru,suami, ayah, teman, da’i. Pedagang, pemimpin ketenteraan, negarawan, pembela kaum yang lemah, majikan dan sebagainya

Semua sisi keperibadian baginda menunjukkan keteladanan sehingga dapat menjadi rujukan bagi sesiapa sahaja yang meneladaninya

Sebagai da’i, baginda dikenali dengan kelembutan dan ketegasannya yang tepat pada tempatnya, keunggulan pembawaan peribadi dan kemampuan diplomasinya

Sebagai pemuda, beliau dikenali dengan akhalaknya yang mulia, penjagaan martabat dan harga dirnya, kecerdasan dan keterampilan serta kemandiriannya

Sebagai suami, Rasulullah saw dikenali dengan kelembutannya, tidak pernah bersikap kasar terhadap isterinya, ketegasan dalam mengendalikan keluarganya, keceriaan dan keharmoniaannya dalam membangunkan suasana dan kemesraan yang indah.

Sebagai ayah, beliau dikenali dengan kasih sayang , perhatian, kelembutan dan kebapaannya

Sebagai komandan perang, beliau dikenali dengan kebijakannya dalam strategi, keberanian di medan perang, serta sikap kepimpinannya

Sebagi pedagang, beliau dikenali dengan kejujurannya, sehingga membuat Khadijah tertarik padanya

Sebagai majikan, beliau dikenal tidak pernah marah kepada para pelayannya, sebagaimana diceritakan Anas ra yang selama 10 tahun melayani Rasulullah  saw tetapi tidak pernah sekalipun mendapati Rasulullah memarahinya

Demikian indah keperibadianmu membuat kami rindu padamu, ya rasulullah

Melahirkan peribadi cemerlang tersebut

Apa pun profesion kita dan siapa pun diri kita, kita mempunyai hak yang sama dalam meraih kebahagiaan dan kejayaan. Ukurlah kejayaan itu dari diri sehingga kita dapat selalu bersyukur. Selalu menyukai apa yang kita perolehi. Senantiasa menikmati apa yang kita miliki

Para sahabat yang dijamain syurga memiliki keunikan masing-masing. Seperti Abu bakar ra yang lembut, Umar ra yang keras, Uthman ra yang pemalu mahupun Ali ra yang pintar. Puncak kecemerlangan adalah ketaqwaan dengan syurga sebagai balasannya

Gambaran kecemerlangan menurut Al-Quran adalah peribadi yang komprehensif, utuh dan menyeluruh. Allah berfirman

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (al-Baqarah: 208)

Ia bukanlah keperibadian yang terpecah-pecah. Ibadah OK, tapi maksiat juga OK. Saat ini juga sedang rancang dipromosikan Islam Liberal yang inginkan umat Islam meliberalkan diri mereka dengan kebebasan tanpa batas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: