Berlalu sudah tarbiyah ramadhan….

gambar disunting dari http://www.senikehidupan.com

Ramadhan pergi jua..

Allah Maha Mengetahui tentang manusia ciptaanNya. Punya akal, ruh, hati, nafsu dan jasad. 4 daripada 5 komponen ini adalah unsur-unsur kerohanian dan hanya 1/5 unsur jisim. Sudah pasti 4 perkara ini mempengaruhi kestabilan dan kualiti diri manusia.

Akal fikiran di besarkan dengan ilmu dan berfikir. Semakin bertambah ilmu maklumat semakin seimbang keperibadian diri manusia. Ruh pula merupakan rahsia Allah yang hanya Dia mengetahui rahsianya. Ia akan sihat dan tenang apabila kita sentiasa mengingati Allah dan mematuhi segala perintah Allah. Sebaliknya ia akan sakit apabila terputus hubungan dengan Allah atau mendurhakainya.

Bulan Ramadhan adalah bulan memperbaiki kelemahan diri dengan meningkatkan ilmu melalui mengkaji al-Quran, melawan nafsu dengan berpuasa dan mempertingkatkan darjat kerohanian dengan melakukan pelbagai ibadah kepada Allah; puasa, zikir, doa, solat sunat tarawikh, solat qiam dan zakat fitrah. Ramadhan tamat dengan solat Aidul Fitri, memuji dan takbir membesarkan Allah, kunjung mengunjung mengucapkan tahniah sesama muslimin dan menyetakan azam meneruskan amalan Ramadhan dihari-hari berikutnya.

Ramadhan adalah madrasah takwa, bulan ukhuwwah, bulan mujahadah, bulan beribadah, bulan bermuhasabah, bulan tazkiyyah dan tarbiyyah rohaniyyah. Bulan membersihkan jiwa dan bulan menambahkan bekalan takwa. Bulan hidangan Rabbani untuk hamba-hamba yang memiliki kesedaran.

Syukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kita kali ini semoga bertemu kembali ditahun hadapan. Selamat tinggal Ramadhan, aku pasti merindui kasihmu.

Syawal.. lambang kemenangan, syukur diluah..

Dakwah adalah seruan mengajak manusia beriman. Tidak sempurna iman tanpa kasih sayang, tiada kasih sayang tanpa taaruf dan tafahum. Natijah iman adalah amal soleh dan takaful sesama muslimin. Kasih sayang adalah lambang kemerdekaan daripada belengu nafsu dan kepentingan diri. Kasih sayang adalah ukhuwwah dan satu sahaja ghibah berlaku ke atas seorang beriman terputuslah ukhuwwah dan kasih sayang.

Memberi salam, berwajah senyum, memperkenalkan diri, bertanya khabar, ucapan tahniah, takziah dan sebagainya merupakan pintu-pintu kasihsayang. Satu kasih sayang terhubung maka satu pindu dakwah terbuka melalui hidup bersama, qudwah hasanah yang ditunjukkan, prihatin dan bertukar-tukar ucapan menambahkan ikatan kemesraan dan kasih sayang.

Petikan daripada http://www.ismaweb.net

ISMA Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua. taqabballah minna wa minkum – semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kamu semua

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: