Ucapan aluan YDP ISMA Terengganu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum wrt

Alhamdullillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam dengan izinnya ISMA Terengganu telah berjaya menerbitkan laman webnya sebaris dengan rakan-rakan seperjuangan dari kawasan-kawasan yang lain. Website adalah medium yang terbaik untuk menyampaikan dakwah ketika ini. Kalau dahulu para da’i (pendakwah) ke hulu dan ke hilir untuk menyampaikan beberapa kalimah yang berunsur nasihat namun kini segalanya terhidang depan mata mereka hanyalah hidayah yang boleh menjadikan mereka insan yang bertaqwa.

Dengan terbitnya laman web ISMA Terengganu bukan untuk menyaingi laman-laman web yang telah sedia ada tetapi sebagai menyahut keperluan zaman dan kecanggihan era siber yang sedang berkembang sekarang. Da’i yang mempunyai karisma sebagai da’i sejati sememangnya sentiasa kritis berfikir tentang uslub (cara) yang terkini untuk menyampaikan dakwah, sejarah telah membuktikan bahawa pendakwah-pendakwah kini bukan lagi mereka yang buta pembangunan, jahil dengan ilmu semasa. Kalau sekarang orang lain sibuk dengan peralatan canggih dan perkembangan media elektronik seperti laptop dan PDA, mengapa tidak medium-medium canggih ini digunakan untuk tujuan yang mulia iaitu mengajak manusia untuk kembali mentaati Allah.

Di kesempatan ini, saya sebagai YDP ISMA Terengganu ingin menjemput para pembaca dan pengunjung supaya sama-sama memanfaatkan laman web ini untuk bersama-sama memperbaiki diri kita dan masyarakat secara umumnya. Kami menganggap bahawa ini adalah merupakan tanggungjawab ISMA untuk menyuburkan kembali unsur-unsur murni dan keimanan pada segenap lapisan masyarakat di Malaysia secara amnya

Akhirnya saya berdoa semuga usaha yang kerdil ini  menjadi saksi betapa bersungguh-sungguhnya kita dalam kerja-kerja amal dakwah kepada masyarakat. Marilah kita berdoa semuga laman web ini akan mendapat perhatian kepada seluruh ahli masyarakat dan menjadikannya sebagai sumber rujukan mereka. Kepada Allah kami berusaha dan menyerah segalanya

 

Ustaz Mohd Zalani Bin Ibrahim

YDP ISMA Terengganu

2 Respons

  1. nak tahu gak liqa’ gabungan bila dan dimana,bagi ikhwah isma di terengganu.

    • Assalamualaikum wrt Abu Aiman,

      seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini ISMA mengadakan liqa’ (perjumpaan) yg yg berupa Pengajian Islam oleh YDP ISMA Terengganu di Dungun. Program pengajian ini terbuka kepada semua. Walau bagaimanapun, utk tahun 2009, pengajian masih belum dimulakan lagi. Insya Allah dalam sedikit masa lagi, pihak kami akan menghebahkan program ini di dalam website ini.. terima kasih kerana bertanya

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: