Seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain

Bersempena dengan tahun baru Hijrah 1431, alangkah baiknya  direnungi satu   konsep mudah yang terdapat dalam Islam, agar  dapat menyuntik semangat  berhijrah kepada sifat yang lebih baik. Konsep tersebut  ialah manusia tidak menanggung beban dosa orang lain. Konsep ini amat berlawanan dengan ajaran Kristian yang terpaksa mengorbankan  Jesus  kerana dosa warisan Adam memakan buah larangan di [...]

Bencana Alam Pengajaran Buat Yang Mahu Berfikir

Pada tanggal 30 September 2009 rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter  telah mengegar Padang di pulau Sumatera Indonesia  yang  mengakibatkan 704 mangsa mati { lebih 1000 kematian telah dicatatkan pada 15 Oktober} dan sehingga 4,000 terperangkap di bawah runtuhan. Selang beberapa jam satu gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter telah [...]

Perutusan Eidul Fitri 1430H – YDP ISMA Terengganu

Assalamualaikum wrt Kalau tidak ada halangan insyaallah tanggal 20hb September  umat Islam di Malaysia akan menyambut  1 Syawwal. Seperti biasa kedatangan 1 Syawwal adalah saat yang dinanti-nantikan untuk menyerlah rasa kegembiraan setelah sebulan berlapar dan dahaga di siang hari. Memang bagi mereka yang telah menunaikan fardhu wajib dengan berpuasa di siang hari dan amalan sunat [...]

Perutusan Sempena Eidul Adha 1429H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Muhammad, ahli keluarganya, para sahabatnya, para tabi’in dan muslimin yang mengikuti jejak mereka dengan ihsan. Muslimin muslimat yang dirahmati Allah, Alangkah beruntungnya kita pada hari ini. Kita berada di salah satu dari dua hari perayaan yang dianugerahkan Allah [...]

Takut yang menguntungkan…..

  Orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya tidak berani melakukan maksiat dan apabila ia melakukannya di bawah tekanan kelemahannya sebagai manusia, maka perasaan takutnya kepada Allah Yang Maha Mulia itu akan membawanya kepada penyesalan-penyesalan kepada memohon keampuanan dan bertaubat dan kerana itu ia tetap berada dalam lingkuangan taat. Pencegahan diri dari keinginan hawa nafsu merupakan [...]

Belajar dari Mush’ab Ibn Umayr

Setiap muslim harus memiliki kesedaran untuk menjadi dirinya sendiri. Tidak hanya bergantung kepada peribadi orang lain. Suatu ketika Mus’ab dipilih Rasulullah untuk melakukan sesuatu tugas penting, menjadi duta ke Madinah untuk mengajarkan islam kepada orang-orang Ansar yang telah beriman dan berbaiah kepada Rasulullah di Bukit A’qabah. Dia ditugaskan untuk mengajak orang Yathrib untuk menganut agama [...]

membentuk peribadi cemerlang (bahagian 2)

Apa pun profesion kita dan siapa pun diri kita, kita mempunyai hak yang sama dalam meraih kebahagiaan dan kejayaan. Ukurlah kejayaan itu dari diri sehingga kita dapat selalu bersyukur. Selalu menyukai apa yang kita perolehi. Senantiasa menikmati apa yang kita miliki. Para sahabat yang dijamain syurga memiliki keunikan masing-masing. Seperti Abu bakar ra yang lembut, [...]

Membentuk peribadi cemerlang (Bahagian 1)

Gambaran kecemerlangan yang sebenar adalah yang dipaparkan oleh Allah dalam Al-Quran mahu pun dalam hadis Rasulullah. Contoh kemerlangan yang  ada dalam diri Rasulullah saw yang secara sempurna menampilkan “Quran yang hidup” dalam seluruh aspek kehidupan. Allah berfirman, Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung (al-Qalam: 4) Dari sudut mana pun baginda adalah tokoh keteladanan. [...]

Berlalu sudah tarbiyah ramadhan….

gambar disunting dari www.senikehidupan.com Ramadhan pergi jua.. Allah Maha Mengetahui tentang manusia ciptaanNya. Punya akal, ruh, hati, nafsu dan jasad. 4 daripada 5 komponen ini adalah unsur-unsur kerohanian dan hanya 1/5 unsur jisim. Sudah pasti 4 perkara ini mempengaruhi kestabilan dan kualiti diri manusia. Akal fikiran di besarkan dengan ilmu dan berfikir. Semakin bertambah ilmu [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.