Selama 3 hari 2 malam, bermula 25 Februari 2010, Hutan Lipur Chemerong, Hulu Dungun menjadi saksi kekentalan semangat juang dan keazaman para ahli ISMA negeri Terengganu utk terus melangkah menggapai Redha Allah SWT. Program Mukayyam (perkhemahan) kali ini telah merakamkan pelbagai detik-detik manis kepada para peserta yang terdiri daripada ikhwah, akhawat dan anak-anak kecil yang turut serta.
Adunan pelbagai aktiviti fizikal dan permainan yg mencabar di darat dan di air, jungle tracking, pengisian-pengisian kerohanian dan thaqofi (kefahaman), qiamullail, hirasah (sentry) dan persembahan kesenian, telah mampu memantapkan jiwa para peserta utk meneruskan agenda ISMA. Program yang bertemakan “Bersama Memikul Risalah” telah berjaya menghimpunkan para peserta yang terdiri daripada semua kawasan utk sama-sama memikul amanah ISLAM yang penuh barakah ini.
Filed under: Uncategorized













